Tren atau keretapi atau kereta lipang yang ada di kawasan sekitar Salak Tinggi untuk ke Bangsar South ada 2 jenama iaitu Komuter dan ERL (Express Railways Link).
ERL tentunya lebih laju kerana ia keretapi laju manakala Komuter pula mungkin keretapi perlahan... hehehe...
Dua-duanya laju, cuma ERL mungkin sekali ganda lebih laju.
Untuk menguji kepantasan ERL ini, Master telah mengujikaji pada awal bulan September lalu.
![]() |
Mula naiki tren di Stesen Salak Tinggi pada jam 9.50 pagi. Kekerapan tren adalah lebih kurang 27 minit. |
Selepas mendarat di LRT Kerinchi, Master bergegas menyeberangi jejantas khas ke Bangsar South yang merentangi Lebuhraya Persekutuan.
![]() |
Sampai di fountain Bangsar South pada jam 10.46 pagi, maknanya tak sampai sejam Master menaiki 2 buah tren untuk ke kawasan kerja beliau. |
![]() |
Selain tiket elektronik, kad TnG boleh juga digunakan untuk membayar makan minum anda di RNR Seremban dan RNR Tapah di Lebuhraya PLUS. |
Sekian.
15 September 2014
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.