Pemangsa setinggi 50 kaki ini adalah satu-satunya dinosaur yang banyak menghabiskan masanya di dalam air.

Raksasa yang dinamakan Spinosaurus aegyptiacusitu telah lama diketahui saintis melalui penemuan fosil beberapa lama dahulu, cuma kebanyakan tulang-tulangnya musnah di Jerman semasa Perang Dunia ke-2. Sekarang, selepas 70 tahun, rangka baru ditemui di Maghribi yang memberitahu dinosaur ini adalah lebih akuatik daripada apa yang disangkakan.

Spinosaurus mempunyai leher yang jinjang, tangan depan bercakar dan kuat, rahang yang kuat dan tulang padat seperti penguin. Dia berenang di dalam air dengan kaki rata yang mungkin berselaput, seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Journal Science yang baru diterbitkan Khamis lepas. 

Konsep lama Spinosaurus, ketika ia disangkakan hidup di daratan.

Raksasa ini juga punyai sirip berduri setinggi7 kaki di belakangnya semasa ia hidup 95 juta tahun dahulu.

"Kami seperti bertemu makhluk asing," - kata ketua kajian, Nizar Ibrahim dari University of Chicago.
"Ia sangat berbeza" - katanya lagi.

Paradigma baru

Spinosaurus memaksa pakar dinosaur untuk memikirkan kembali apa yang mereka rasa mereka telah tahu mengenai dinosaur.

Ini adalah kerana sebelum ini saintis menyangkakan dinosaur menetap di daratan, dan hanya sekali sekala masuk ke dalam air. Tetapi rangka terbaru ini menunjukkan tanda-tanda ia hidup di air seperti tulang punggung menyerupai kepunyaan Ikan Paus, tulang padat yang membenarkan ia menyelam, dan kedudukan lubang hidung yang tinggi di tengkorak yang membenarkan Spinosuaurus selalu menyelam.

Spinosaurus dari tepi menunjukkan lehernya yang panjang. Tedi tengok kaki belakangnya macam kecil sahaja, tak berapa sesuai untuk berjalan-jalan, tapi nampak gaya lebih kepada kaki perenang seperti pada Anjing Laut. Mungkin ini sebabnya kajian tu kata Spinosaurus adalah lebih akuatik.

Ia boleh berjalan dan mungkin bersarang di daratan, tetapi ia lebih sukar untuk berjalan di daratan berbanding dalam air. Ia berjalan perlahan menggunakan kaki belakang kerana kaki depannya lebih berguna untuk membunuh.

Kajian ini amat menarik dan menakjubkan, menunjukkan bahawa saintis telah silap sangka dan dinosaurs itu mempunyai terlalu banyak kepelbagaian.

Ia juga pernah hilang dalam lipatan sejarah dan juga melalui peperangan. Ahli paleontologi Ernts Stromer adalah yang pertama menemuinya di Mesir pada 1912. Tulang belulang itu dibawa balik ke Eropah, namun pada 1944 kebanyakannya musnah apabila Munich dibom dalam Perang Dunia ke-2.


Diet

...
Peminat Spinosaurus mahu ia digelar sebagai Raja Dinosaur kerana ia lebih besar dan ganas berbanding T.Rex. Sirip durinya juga menjadikannya tampak lebih macho. 
...
Spinosaurus adalah 9 kaki lebih tinggi daripada Tyrannosaurus rex, makan hidupan akuatik bersaiz kereta di kawasan yang dilabel sebagai kawasan paling berbahaya, kerana di daratannya hidup 3 pemangsa bersaiz T.rex, di langit turut ada pemangsa gergasi, dan dalam air ada jerung sepanjang 25-kaki, ikan gergaji gergasi, dan hampir 7 jenis buaya purba.

Filem

Dalam filem Jurassic Park III, Spinosaurus melawan T. rex, namun ia adalah di daratan dan berdasarkan kepercayaan lama ke atas Spinosaurus. Hakikatnya, kedua-duanya tidak hidup dalam benua atau masa yang sama.

Dalam filem itu, Spinosaurus menang, dan jika kedua-duanya bertarung dalam air, Tedi rasa Spinosaurus akan menang mudah.

Spinosaurus juga dijadikan watak dalam Transformers Age of Extinction yang dinamakan Scorn.

Inilah Scorn yang boleh bertukar kepada Spinosaurus.

16 September 2014