Sedang asyik Tedi menelaah pelajaran, telefon Tedi berbunyi.
15 September 2014.
"Tedi, sila ke bilik guru, Cikgu R nak jumpa" - lunak suara Miss D kedengaran melalui telefon.
Ah sudah, Tedi dah tahu apa sebabnya ni. Tedi segera membetulkan tali leher supaya nampak segak.
"Ye cikgu, cikgu nak jumpa saya?"
"Okay Tedi. Sila duduk."
"Ada apa ni cikgu?" - kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu...
"Bulan lepas Tedi selalu datang lambat. Kenapa?"
"Rumah Mommy cikgu, jauh..."
"Kamu tinggal di mana?"
"Sepang"
Tedi tengok muka Cikgu R, sebenarnya dia tak berminat pun nak tahu di mana Tedi tinggal. Kalau tinggal di Antartika pun, Tedi harus datang awal.
"Jadi jalan sesak di mana?"
"Di Lebuhraya Pantai Baru je cikgu, lebih sejam dan pernah sampai 2 jam" - Tedi menambah perisa untuk melariskan produk.
Tedi tahu Cikgu R tak berminat nak dengar kisah tu juga.
"Jadi macam mana Tedi nak perbaiki?"
"Terpaksa datang awallah, sekarang pun dah gerak awal 10 minit."
"Berkesan tak?"
"Setakat ni dah terbabas 2 kali."
Cikgu R mukanya muram kembali.
"Cikgu rasa kamu harus perbaiki, Cikgu tak mahu nanti merit kamu dipotong kerana kedatangan."
"Baiklah cikgu"
"Tapi kamu selalu balik lewat, kenapa?"
"Tedi nak siapkan kerja sekolahlah, cikgu."
"Okay, nanti kamu kira bilangan jam kamu belajar dalam sebulan, mungkin boleh bantu kamu naikkan merit. Itu saja."
"Okay cikgu. Terima kasih cikgu."
Nak buat macam mana, dah undang-undang sekolah, terpaksalah ikut. Harapnya cuma janganlah orang yang komited macam Tedi ni dipandang serong. Datang lewat berapa minit je pun, balik lewatnya berjam, tapi itu tak kisahlah sebab kerja sekolah Tedi yang tak siap.
Hukumlah dulu mereka yang datang lewat, balik awal.
Bisakah Tedi merubah nasib ini...
Bisakah Tedi merubah nasib ini...
20140924
4 Ulasan
Sekarang kenderaan dan makin bertambah di atas jalanraya.. nak tak nak kena keluar rumah awal dari biasa supaya tak lewat sampai ke pejabat.
BalasPadamHaa... jadi akak kenalah ke pejabat awal2. Tedi pula harus ke sekolah awal2...
Padam\(^0^)/
eh, tedi sekolah lagi ke?? insyaAllah, kalau kita ada usaha pasti berjaya :)
BalasPadambak kata Master, kita sekolah sepanjang hayat...
Padaminsya-Allah.
\(^0^)/
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.