Kepada pihak yang berkenaan,

Kasihan melihatkan pokok-pokok Tedi kekurangan kasih sayang


Merujuk kepada subjek di atas, Tedi dengan rasminya ingin memaklumkan semua warga Malaysia bahawa Tedi telah melancarkan Ops Sangkar Baja.
 
Ini gara-gara Tedi terjumpa satu produk dipanggil Fertilizer Funnel ketika merayau di MYDIN Mall Seremban 2 pada hujung minggu yang baru berlalu.
 
Benda ini hanya berharga RM 8.90 (lapan ringgit sembilan puluh sen) untuk 10 (sepuluh) unit.
 
Benda ini membolehkan Tedi meletakkan baja tidak di atas tanah tetapi di dalam sarang khas. Idea utama Tedi adalah untuk mengelakkan baja-baja yang diletakkan dihanyutkan begitu sahaja jika ditimpa hujan. Selain itu ia membantu Tedi menyukat baja dengan mudah... isi sahaja sampai penuh, hehehe...
 
Selain itu Tedi juga telah membeli sejenis baja yang kami gelar Baja Kuning dengan nombor jersi 40 bercap Baja Serbajadi.
 
Pembelian baja ini adalah hasil perbincangan Tedi dengan seorang pakcik yang menerima tips untuk menggunakan baja ini daripada seorang lagi pakcik yang berjaya menyuburkan tanaman mangganya.
 
Semoga dengan tips terbaru ini, pokok-pokok Tedi akan kembali subur.
 
Sekian.
 
Yang menanam pokok-pokok,
Tedi.

 

gambar peralatan membaja pokok
Eksperimen kali ini diberi nama Eksperimen Sangkar Baja menggunakan Fertilizer Funnel dan Baja Kuning nombor 40. 
Ilustrasi menunjukkan bagaimana benda ini mampu menahan baja daripada dihanyutkan ketika hujan. Kononnya ia mampu menyalurkan baja ke dalam tanah tu... Tedi tak berapa yakin kerana muncungnya halus sangat. Tapi kalau baja terlarut, melimpah pun tak mengapalah kan... kira okay lah tu.


20140901