Semalam Master beli kasut badminton baru.
- Harganya RM 80 jenama Power dari kedai Bata. Ia bukanlah kasut badminton pun tetapi kasut training dengan tapak yang agak lebar, sesuai untuk stabilkan diri di atas gelanggang.
- Ini pertama kali Master beli kasut sukan berharga lebih RM 30.
- Sebabnya Master mula rasa lebih cergas selepas mula bermain badminton pada minggu lepas.
- Jadi pelaburan ini diharapkan berbaloi untuk kesihatan Master.
- Selepas ini mungkin Master akan melabur dengan membeli reket yang lebih bagus pula, iaitu reket yang memang pemain badminton guna.
- Ditambah dengan belanja RM 10 seminggu untuk sewa gelanggang di Kompleks Sukan Airport Bandar Baru Nilai.
- Selain itu, Master juga mula main besi selepas habis masa kerja, setakat untuk kuatkan pergelangan tangan.
- Majulah sukan untuk kesihatan.
28 September 2013
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.