gambar harga buah naga yang dijual di Pasar Malam Taman Seroja
Harga buah naga di Pasar Malam Taman Seroja pada 20210111 ialah MYR 12 (dua belas Ringgit Malaysia) per kilogram. # Monday, 11 January 2021, 20:44 # 20210111 # IMG_20210111_204420_HHT # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # 39-17, Jalan Seroja 6, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor # RPHH+2V Sepang, Selangor #

20170109: Mencari Buah di Taman Seroja

  • Malam ini Mommy ajak singgah ke Pasar Malam Taman Seroja.
  • Ini adalah malam pertama kami singgah ke pasar malam tersebut pada tahun 2017 ini.
  • Pada mulanya Master macam tak percaya Mommy ajak ke pasar malam yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi tu kerana Mommy kata dia nak diet dan masak makanan sendiri tanpa gula dan garam. Tapi apabila Mommy kata dia nak beli buah-buahan, Master terus membawa kami ke sana.
  • Kali ini kami singgah ke gerai buah-buahan, gerai ikan dan makanan laut, gerai sayur, dan juga gerai makanan.
  • Master beli laksa sebagai santapan pada malam ini. Mommy pula makan roti sahaja.

Berikut adalah beberapa gambar yang Tedi sempat ambil menggunakan kamera telefon pintar Huawei Honor:

Gambar ketam tempatan di Pasar Malam Taman Seroja berharga RM 29

Harga Ketam Tempatan di Pasar Malam Taman Seroja, Rm 29.

Harga ikan Kerisi adalah RM 15. Kelihatan juga ikan pari.

Harga ikan kerisi adalah RM 15

Harga sayur-sayuran di Pasar Malam Taman Seroja.

Harga sayur-sayuran pula adalah dari RM 2 sehingga RM 10 mengikut jumlah bakul. Lebih berbaloi berbanding beli di TESCO.

Gambar kunyit hidup, halia, dan timun yang dijual di Pasar Malam Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Di Pasar Malam Seroja juga tidak seukar mendapatkan rempah-ratus dan ulam-ulaman seperti kunyit hidup, timun dan juga halia. 

Pasar Malam merupakan satu keistimewaan di Malaysia.

  • Berikut adalah beberapa gambar yang Tedi berjaya curi semasa berada di Pasar Malam Taman Seroja.
  • Pasar Malam ini merupakan salah satu Pasar Malam Salak Tinggi yang diadakan di Tapak Pasar Malam Taman Seroja pada setiap hari Khamis, 4 petang sehingga 11 malam.
  • Walaupun agak kekok mengambil gambar di kawasan lokal, namun kenapa harus Tedi sibuk mengambil gambar ketika Tedi melancong sahaja? Sedangkan apabila difikirkan panoramanya hampir sama sahaja. Jadi Tedi cekalkan hati mengambil gambar ketika "melancong" ke sebuah pasar malam berhampiran rumah.
  • Mungkin tidak lama lagi suasana di pasar malam ini hanya akan menjadi sejarah?
Gambar rumah untuk dijual di Taman Dahlia di Salak Tinggi
Ada rumah untuk dijual di Taman Dahlia, harga RM 380000 (Tiga ratus lapan puluh ribu ringgit Malaysia sahaja). Sila telefon 012-6654890 untuk maklumat lanjut. Tapi sila hati-hati jangan sampai kena tipu! Kerana ada kawan Mommy ditipu puluhan ribu ringgit akibat kegopohan dan keseronokan mereka untuk memiliki rumah sendiri. Sila bertanya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan pandangan sebelum meneruskan apa-apa aktiviti melibatkan pembelian rumah.

 

Gambar gerai Azmi Fried Chicken di pasar malam Taman Seroja Salak Tinggi
Ini adalah gerai Azmi Fried Chicken. Kelihatan juga Pusat Penjaja Taman Seroja yang mempunyai surau untuk penjual dan pengunjung menunaikan solat.

 

Gambar Murah Berkat Seafood, salah sebuah kedai makan di Salak Tinggi
Berhampiran kawasan pasar ada Murah Berkat Seafood yang kelihatan agak kurang teratur. Mereka harus melakukan sesuatu supaya kedai mereka kelihatan bersih dan teratur. Kediaman pekerja juga harus dipastikan tidak menyakiti mata pengunjung (dari luar).

 

harga barangan pasar malam Taman Seroja di Salak Tinggi
Macam-macam ada. Harga sepatutnya lebih murah, dan boleh tawar-menawar. Cuma bahagian kebersihan tu kita kena pastikan sendiri terutamanya dalam bab membeli makanan.

 

Gambar deretan kedai berhampiran tapak pasar malam Salak Tinggi
Di antara deretan kedai di Taman Seroja. Ada Kedai Serbaneka. Ada pusat bekam, akupuntur, resdung dan urut badan. Ada juga Pasar Mini.

 

Gambar ikan masin yang dijual di Pasar Malam Taman Seroja di Salak Tinggi
Di pasar malam Tedi paling suka tengok panorama penjualan ikan masin sebab ia membuatkan Tedi berasa seperti berada di tepian pantai.

Didokumenkan sebagai artikel berkaitan pasar malam Salak Tinggi, pasar malam Sepang, dan pasar malam Selangor.

20140109, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.