Akhirnya Tedi berjaya menjejakkan kaki ke Sunken City, memandangkan kawasan ini masih baru, banyak yang perlu dijelajahi.

 

Pra-keperluan

  • Perolehi Sunken Souvenir dari Muridae Market Cartographer
    • 228,000 keping emas
    • 90 Molten Glass

Pangkat Diperlukan

53f8ec71d1a26beec6277152afdcc9ba Count/Countess

 

Pengenalan Kawasan

Semuanya bermula di Stesen Shuttle Selaman Laut. Sebelum menyelam kita kena kumpul Oxygen Canisters sebagai bekalan ketika menyelam ke dasar laut nanti.
Gambar kapal selam yang akan digunakan untuk menyelam ke dasar Sunken City
 
Salah satu helah adalah dengan mengumpul seberapa banyak oksigen, sebelum menyelam ke dasar laut dan kumpul barangan untuk naik-traf perangkap hidro. Taktik ini sebaiknya dimulakan dengan 500 oksigen sekali selaman.
Helah kedua adalah kumpul 110 oksigen, menyelam, timbul, kumpul 210 oksigen, kemudian 510 dan seterusnya 1010. Taktik ini mengambilkira pembelian Fishy Fromage yang membantu meningkatkan kadar pengumpulan oksigen. Selam kejap, kemudian beli Fishy Fromage - kata kunci di situ.
 

Langkah 1 – Pengumpulan Oksigen

  • Gunakan perangkap hidro terkuat yang kita ada, sebaiknya Phantasmic Oasis Trap
  • Gunakan Gouda atau Brie pada permulaan misi
  • Kumpul sehingga 400-500 Oxygen Canisters
  • Selepas mencukupi, terus menyelam. Nota: menyelam akan menggunakan 10 Oxygen Canisters. 
  • NOTA: Selepas pusingan awal, kita boleh beli Fishy Fromage dari Kedai Keju Sunken City untuk menarik lebih banyak tikus yang memiliki oxygen canisters.
...
Gambar konsol memaparkan jumlah oksigen yang telah dikumpul dan rekod selaman terbaik.
 
...

Langkah 2 – Pengumpulan Material

Semasa berada di dalam laut, perkara ini akan terjadi;
  • Setiap pemburuan yang berjaya akan menggerakkan kita sejauh 30 meter.
  • Setiap pemburuan yang gagal akan menggerakkan kita sejauh 10 meter.
  • Setiap FTA tak akan memberi apa-apa kesan.
  • Selepas oksigen habis, kita akan dihantar semula ke jeti.
  • Semakin dalam kita jelajah, hadianya semakin menawan, sebab itulah kita perlukan sekurang-kurangnya 400 oksigen sebelum menyelam.
  • Ada 3 zon utama, Shallow ShoalsSea Floor dan Murky Depths. Setiap zon utama ini turut kandungi satu kawasan rawak khas. Jadual di bawah mendedahkan zon yang ada dan harta karunnya.
...
 
...
 
Apa yang perlu dilakukan di bawah laut?
  • Kumpul bahan-bahan diperlukan untuk membeli perangkap hidro terbaru, Rune Shark Trap sebelum naik-taraf kepada School of Sharks.
  • Gunakan perangkap hidro terbaik dengan umpan Gouda atau Brie. Jangan sesekali gunakan Fishy Fromage sebab ia takkan laku.
  • Peralatan sokongan yang boleh membantu
    • Water Jet Charms – memberikan kita 500 meter pergerakan setiap kali berjaya menangkap tikus.
    • Empowered Anchor Charms – perlahankan kelajuan sehingga 10 meter untuk setiap buruan, supaya kita boleh lepak di sesuatu zon kegemaran dengan lebih lama.
    • Supply Packs dari General Store, jika kita punyai bahan-bahan dalam kuantiti tak seimbang, bolehlah ditukar dengan bahan-bahan yang diperlukan..
      • Barnacle dan Coral Pack
        • 21 – 24 Barnacles
        • 21 – 24 Damaged Coral Fragments
      • Barnacle dan Scale Pack
        • 21 – 24 Mouse Scales
        • 21 – 24 Barnacles
      • Coral dan Scale Pack
        • 21 – 24 Mouse Scales
        • 21 – 24 Damaged Coral Fragments
  • Sonar Periscope boleh digunakan untuk mengintai kawasan yang dijelajahi dengan lebih jelas.

20140920