Semoga Kak Hana tak marahkan Tedi... hehehe...


Ini adalah sedikit coretan Tedi selepas membaca komentar Kak Hana bertajuk  "Orang berbuat jahat terus dipandang jahat." di http://onitsukahana.blogspot.com/2014/09/orang-berbuat-jahat-terus-dipandang.html.

Bukan nak menjawab cuma nak melempiaskan apa yang Tedi terfikir.


Persepsi manusia

    1. Mereka yang pernah ada buat jahat itu memang sukar diterima walaupun dia berubah kerana manusia sukar lupakan pengalaman pahit.
    2. Selain itu manusia juga gemar menyebarkan kesilapan sesama manusia, menyebabkan semakin sukar seseorang itu dipandang baik, walaupun si penyebar itu tidak terkesan pun dek kesilapan bekas si "penjahat" itu.
    3. Ketika inilah terserlah sifat pemaaf seseorang, dan Allah SWT ternyata yang paling hebat sifat pemaaf-Nya, kerana apabila seseorang itu bertaubat, dosanya gugur seperti bayi baru lahir.
    4. Atas dasar inilah, apabila seseorang "penjahat" itu mahu berubah, dia digalakkan berpindah ke tempat lain, untuk mengelakkan:
      1. dipengaruhi bekas teman yang berkomplot melakukan kejahatan
      2. dihina, dicaci oleh masyarakat.

Redha

    1. Ketika ini si pentaubat harus redha apabila menerima pandangan serong masyarakat. Ini mungkin kifarah baginya. Jika dulu dia "seronok" melakukan kejahatan, maka kini dia menerima natijah atas kesilapan lalu.
    2. Jika si pentaubat tak mahu berhijrah, dia harus terima dan bersabar dengan pandangan serong masyarakat, di samping berusaha membuktikan keikhlasannya.

Menegakkan benang yang basah?

    1. Memanglah maksud peribahasa "menegakkan benang yang basah", atau "menegakkan sumpit tak berisi" itu adalah cuba menegakkan sesuatu yang mustahil, namun ia tampak tak sesuai dalam menegakkan kebenaran kerana kebenaran itu selalunya ada bukti, dan apa yang ada bukti... ia tak mustahil. Susahlah Tedi nak cakap... :)
    2. Ia bukan benda mustahil, namun ia perlukan masa, dan Allah SWT yang merancang segalanya.

Kesimpulannya?


Semua ini terletak pada manusia itu sendiri. Kita senang berbicara namun bukan mudah untuk menjadi seorang penyabar, redha, pemaaf, dan tidak suka berkata nista.

Semua ini adalah dek dorongan nafsu dan insya-Allah dengan ilmu dan iman akan dapat mengawalnya.

Jika tidak, masakan Saiyiditina Aisyah pernah diuji dengan fitnah oleh kaum munafik dan kemudian disebarkan pula oleh kaum Muslimin itu sendiri, menunjukkan betapa kejinya sifat manusia dalam menyebarkan dan menerima kejahatan, walaupun hakikatnya ia adalah fitnah semata. Itu pada zaman Rasulullah Sollallahu a'alaihi wassalam masih ada dan fitnah jatuh atas keluarga Baginda, apatah lagi pada zaman kita yang ulama dipinggirkan, artis diutamakan..

Ujian kepada Aisyah itu kini tampak amat berharga untuk kita renungi untuk dijadikan panduan, baik kepada pencela atau yang dicela.

Apa daa Tedi mengarut ni? hahaha...

aku redha dipandang jahat ... dipandang orang terus