بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Pagi semalam Tedi temani Master pergi ke bengkel untuk tukar cakera klac (clutch disc).
- Cakera klac (clutch plate) ini rasanya perlu diganti kerana dah susah nak tukar gear dan ada bunyi halus ketika tukar gear 4 dan 5, tambahan jarak perjalanan sudah mencecah 150000 (seratus lima puluh ribu) kilometer sedangkan purata jangka hayat cakera klac (clutch plate) adalah sekitar 100000 (satu ratus ribu) kilometer.
- Sampai sahaja di bengkel, si mekanik kata tak dapat siapkan dalam masa sehari, kena tinggal kereta di bengkel semalaman.
- Itu bukan satu pilihan buat kami kerana kami tiada pilihan pengangkutan lain.
- Memandangkan Master tidak berkenan dengan jawapan itu, kami segera bergegas ke Pusat Servis Proton Petronas LCCT, salah sebuah pusat servis Proton berhampiran Salak Tinggi.
- Kaunter di sana menyatakan memang perlukan masa seharian tapi tidaklah sampai kena tinggalkan kereta semalaman, cukup hantar pagi dan ambil kereta pada waktu petang.
- Harga penukaran clutch plate Proton SAGA BLM adalah di sekitar RM 800 (lapan ratus Ringgit Malaysia) ke atas.
- Kami ambil kad perniagaan pusat seris tersebut dan mungkin akan menempah tarikh untuk melaksanakan penukaran cakera klac itu. Hal ini adalah kerana aktiviti itu perlu dilakukan pada hari Isnin sehingga Khamis sahaja dan barang-barang juga perlu ditempah sebelum kerja pembaikan dapat dilakukan.
Nota Kaki:
Kiriman ini adalah berkenaan kos tukar clutch plate SAGA BLM yang Master perolehi daripada sumber yang kami boleh percayai. Pertama kali diterbitkan pada 20 Oktober 2014
~20141020~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
2 Ulasan
Demi keselamatan diri dan keluarga.. ;)
BalasPadambetul.. betul.. betul...
BalasPadamdan untuk keselamatan poket di masa hadapan juga...
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.