"Tedi, mari ke sini."
"Panggil sekali Encik AD", tambah Cik D
Panggilan Cik D itu agak memeranjatkan kerana memang jarang ketua kelas Tedi tu memanggil Tedi untuk sebarang perbincangan.
Jika dipanggil ketua kelas, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena.
"Saya ada hal nak bincangkan mengenai kehadiran kamu. Oleh kerana Encik AD adalah mentor kamu, maka dia saya jemput untuk turut serta dalam perbincangan ini."Tedi tersenyum. Tak sangka sama sekali ketua kelas Tedi itu akan terjebak dalam permasalahan ini.
"Puan R maklumkan saya bahawa untuk bulan lepas kamu telah lewat hadir ke sekolah melebihi 3 kali. Oleh itu dia mahu saya cakap perlahan-lahan dengan kamu, untuk mengetahui mengapa kamu selalu lewat? Adakah kamu menghadapi sebarang masalah?"
"Tiada masalah cik. Cuma sekarang paling awal kami hanya mampu keluar rumah pada jam 6.45 pagi, kalau terlewat dalam 10 (sepuluh) minit pun, kami akan terjejas teruk."
"Saya tahu rumah kamu jauh, tapi alasan itu tidak boleh diberikan kepada pihak sekolah! Kamu juga tak boleh salahkan kesesakan di Lebuhraya Pantai Baharu."
"Tedi, aku rasa kau memang kena keluar awal. Jam 6.30 pagi kau kena gerak dah. Kalau kau awal, boleh balik awal. Nama pun tak terjejas.", Encik AD memberikan pandangan beliau.
Tedi memang sedia maklum dan setuju dengan pandangan itu. Masalahnya cuma pada masa ini kamu belum dapat sesuaikan diri dengan kesesakan di Kuala Lumpur. Pada awal bulan Disember tahun lepas kami tiada masalah gerak jam 7.30 dari rumah, masih sempat sampai ke sekolah pada waktunya.
Tapi pada bulan Februari, kesesakan mula melanda dan kami ubah kepada jam 7.15 yang hanya memberi penyelesaian sementara sebelum kami mula lewat pada bulan Mac.
Sehingga kini, walaupun kami semakin awal, kami tidak sempat sampai ke destinasi pada waktu yang diharapkan.
"Macam inilah, nanti saya akan berikan alasan munasabah kepada Puan R, tapi saya harap kamu berusahalah untuk perbaiki. Rugi jika imej kamu terjejas dek kerana masalah kehadiran ini."
"Dan kamu perlu tahu bahawa nama kamu disebut dalam mesyuarat guru-guru. Mungkin kamu akan diberi amaran tatatertib nanti!"
"Baiklah Cik D, saya akan cuba...", itu sahaja janji yang boleh Tedi berikan.Kasihan pula kepada Puan R dan Cik D, nampaknya mereka terjebak juga dalam masalah kelewatan Tedi ke sekolah.
Adakah ini masanya?
Nota: Cakap perlahan-lahan == slow talk. Boleh tak? Hehehe...
\(^0^)/
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.