Malam itu Master sertai permainan badminton dengan kawan-kawan barunya.
- Tiba-tiba sahaja ramai yang menegurnya.
- Teguran itu pula dalam loghat utara, loghat Kedah.
- "Hang Kedah tang mana?"
- "Jeles aku dengan jersi hang ni"
- Master jawab, "Aku asal Negeri Sembilan"
- "Habis, awat hang pakai jersi Kedah ni??"
- "Alah, mula-mula aku tengok bola dulu, aku tengok Kedah main cantik."
- Ramai mula menerima jawapan Master tu walaupun di Malaysia ni selalunya sokongan diberikan kepada pasukan negeri kelahiran masing-masing.
- "Alah, kalau korang boleh sokong Manchester United, takkan aku tak boleh sokong Kedah?", hujah keramat Master.
- Setahu Tedi, ada seorang artis Malaysia, iaitu Yusri KRU, suami kepada Lisa Surihani yang gemar memakai jersi pasukan-pasukan negeri di Malaysia, tanpa mengira negeri, mungkin satu langkah selamat dalam menyatakan cinta kepada bolasepak tanah air.
Yusri dengan jersi Pulau Pinang |
Yusri dengan jersi Perak |
Yusri dengan jersi Sabah |
Yusri dengan jersi Sarawak |
Lisa Surihani dan Yusri pakai jersi Sarawak
20141021
6 Ulasan
huhu., mantap la jawapan master
BalasPadamjawapan mantapu pun massih ramai tak dapat terima kerana katanya itu kes lain...
Padamsaya pun tak memilih jersi.. yang mana rasa cantik dimata itulah yang saya pakai.. ;)
BalasPadamhahaha... mana boleh pakai sebarangan jersi, kenalah sokong pasukan diminati :)
PadamCheq kedah kat Sik. Kami sebut sik-ney (ala ala Sydney) 😂😂😂
BalasPadamtak pernah dengar ni, nak kena dengar baru dapat tangkap macam mana disebutnya tu.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.