Sedih sungguh melihat pasukan yang disokong seolah-olah tidak pernah bermain bolasepak!
![]() |
Logo baru Kedah FA ternyata tidak memberikan tuah kali ini. Sang Lang Merah yang menggantikan Kenari rupanya hanya anak Helang yang serupa anak ayam kehilangan ibu... |
- Namun, itulah hakikat yang perlu diterima Master dan mana-mana penyokong kepada mana-mana pasukan pun apabila pasukan mereka tidak beraksi baik.
- Menang atau kalah, sokongan tetap diberikan.
- Bukan hanya berani pakai jersi pasukan apabila masuk final atau menang kejuaraan.
- Bukan hanya pandai mengaku sokong pasukan dan bangga jadi juara, sedangkan apabila ditanya siapa jurulatih, tak kenal pun siapa!
- Kedah kena balun di Pahang 5 gol tanpa balasan malam tadi.
- Puncanya adalah kerana pertahanan Kedah amat bersopan santun dan bertahan terlalu ke bawah sehingga dikucar-kacirkan pemain import Pahang yang berbadan besar.
- Selain itu semasa serangan Kedah hanya bermain hantaran bola jarak jauh.
- Padang yang agak basah juga memberi masalah kepada Kedah yang mahu bermain memperagakan skill sedangkan serangan terus diperlukan dalam keadaan sebegitu kerana padang basah menyusahkan kawalan ke atas bola.
- Melihatkan kehancuran pertahanan Kedah, Tedi terfikir para pertahanan Malaysia harus dilatih supaya mereka menjadi tegap dan gagah untuk menentang musuh negara ketika bermain bola.
![]() |
Matias Conti menjadi hero Pahang dan juga pemain terbaik perlawanan apabila menyumbat 3 gol. Pertahanan Kedah seakan terlupa kehadiran Conti apabila tidak memberi kawalan ketat ke atas beliau. |
![]() |
Pahang mengetapikan defisit 3-1 bekalan Kedah dari perlawanan peringkat pertama dalam permainan yang dianggap perlawanan orang tua menentang budak-budak. |
![]() |
Pemain sayap kiri Pahang, Gopinathan yang pantas dan nyata berbisa meloloskan diri untuk menjaringkan gol. Satu taktikal yang Tedi rasa amat bagus diterapkan oleh Zainal Abidin Hassan. |
20141025
2 Ulasan
Time kedah menang lawan ngan kelantan.semngat ni pakai jersey hijau kuning. Bla kalh ngan pahang.diam2 jelah hana.hehe
BalasPadamEiii... xde semangat kesukanan langsung... :P
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.