Kek Ikan memang sedap dimakan terutama apabila betul cara memasaknya.

  • Alkisahnya, pada jam 3 pagi 4 Oktober 2014, beberapa minit sebelum kami berangkat pulang ke Kelantan, Master mengadu kelaparan.
  • Tedi pun segera menghulurkan bantuan.
  • Tedi selongkar peti sejuk dan menjumpai Kek Ikan beberapa potong.
  • Tanpa berlengah Tedi memasukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan set masa 3 minit.
  • Apabila keluar sahaja, Tedi mendapati ia sangat kering dan mengembang macam belon.
  • Master pula memakannya dengan terpaksa, dan berkerut-kerut.
  • Tedi bertanya, "Kenapa Master? Tak sedap ke?"
  • Master jawab, "Nah, rasalah sendiri."
  • Memang tak sedap! Rasanya sungguh masin...
  • Apa-apa pun Master tetap menghabiskan masakan Tedi tu... hehehehe... bak kata pepatah, "tiada rotan, akar pun berguna", yang bermaksudnya jika tiada yang baik, yang kurang baik pun boleh digunakan...
  • Atau boleh juga dinasihatkan kepada semua kawan-kawan, "jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan dicuba!", sila belajar terlebih dahulu sebelum membakar kek ikan dalam ketuhar gelombang mikro.


Inilah rupa kek ikan yang jadi macam biskut tongkat setelah dimasak dalam ketuhar gelombang mikro.

*****

Perusahaan bebola ikan haram .. kek lapis sisik ikan ... resepi sup bebola ikan tenggiri goreng ... cara membuat bebola dan kek ikan ...