Nasyid "Sendiri" oleh munsyid Saujana seringkali dipandang sebagai sebuah lagu cinta yang memuja seorang wanita.
Benarkah lagu Sendiri ini adalah bukti Saujana telah menyimpang daripada nasyid dan berpaling menyanyikan lagu-lagu jiwang? https://andafcian.wordpress.com/tag/sendiri-saujana/ |
- Pendapat itu sebahagian benar... ia adalah lagu cinta bukan buat sebarangan wanita, tetapi buat wanita bergelar ibu.
Terasa tersisih
Sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku
Berbicara menyalakan api
- Tedi pun tak faham maksud bait ini. Adakah ia bermakna si ibu sering berbicara tika memasak? Atau adakah si ibu sering memberi nasihat yang membuatkan anaknya bersemangat?
- Kedua- duanya mungkin benar.
Tika kau di sampingku
Tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku, tidakku endahkan
- Selalunya ibu apabila masih ada, kita tak endahkan. Perasaannya kita tak hiraukan.
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat ku sedari nilai cintamu
Apabila kau tiada lagi di sisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawaku ke syurga
- Inilah bait yang membuktikan lagu ini buat seorang ibu, kerana belaian seorang ibu boleh membawa kita ke syurga.
Ku kan cuba untuk hidup sendiri
Kerana kita kan akhirnya
Sendiri
- Semua orang akan mati dan ketika itu kita bersendirian... dalam kubur,
Sendiri adalah sebuah lagu dari album Rahsia. |
20141029
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.