Wow! Ini satu berita yang agak mencemaskan!

14 Oktober 2014: seekor lintah bersarang dalam hidung seorang pelancong beg galas (bagpackers) semasa dia bercuti di Vietnam.



  • Selama ini Tedi sangkakan berita mengenai salah seekor kawan Tedi bernama Sang Lintah yang naik dan bersarang di bahagian atas tubuh manusia adalah dongengan semata-mata.
  • Namun persepsi Tedi itu terpaksa ditukar setelah membaca mengenai seorang makcik yang "membela" seekor lintah sepanjang 3-inci di dalam hidungnya selama sebulan!
  • Makcik Daniela Liverani dari Edinburgh dikatakan "mendapat" lintah itu semasa bercuti di Vietnam, di mana dia sering mengalami pendarahan di hidung yang tidak dipedulikannya kerana sebelum itu dia telah mengalami kemalangan yang menyebabkan hidungnya cedera.
  • Mungkin Sang Lintah itu terhidu bau darah kesan dari kemalangan sebelum itu dan mencari punca bau darah itu sehinggalah ia menemui lubang hidung makcik Liverani.
  • Perkara sama juga berlaku kepada Master pada suatu masa dahulu apabila seekor lintah menyerang kawasan suntikan BCG beliau semasa dia seronok mandi-manda di Jeram De Bana di Negeri Sembilan.
  • Rupa-rupanya ada istilah untuk kes lintah menghisap darah manusia ini iaitu hirudiniasis yang berasal dari nama lintah, Hirudinea.
  • Liverani hanya menyedari ia seekor lintah apabila pada suatu hari dia gagal menghembus "darah hidung" keluar sebaliknya ia hanya keluar masuk dari dan ke dalam hidungnya...
  • Eeeeeeee.... gelinya Tedi!

Sumber berita rasmi:

  • https://news.yahoo.com/could-3-inch-bloodsucking-leech-hide-nose-152436981.html
  • http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/howaboutthat/11157074/Backpacker-had-3-inch-long-leech-living-up-her-nose.html
  • http://www.huffingtonpost.co.uk/2014/10/13/three-inch-leech-stows-away-backpackers-nose-month_n_5975352.html

20141014