Bosan asyik singgah di restoran yang sama untuk makan malam, kami mencuba makan di Warong Sanget pula.
- Warong Sanget adalah sebuah kedai makan kecil yang terletak di tepi Jalan Dengkil - Bangi.
- Makanan yang dijual adalah masakan panas tipikal kedai Melayu yang biasa.
- Namun masakannya ternyata agak bagus berbanding beberapa kedai makan yang selalu kami singgah.
- Masakannya seolah ringan daripada segi rasa dan ada hiasan pula.
- Selain itu ada Kerang Bakar yang rasanya agak segar berbanding kedai lain, tapi kawan-kawan kena cuba sendiri lah, mungkin Tedi je berpendapat sedimikian.
- Dari segi kebersihan dan hiasan, okay, tidak memualkan dan ada beberapa dekorasi menggunakan papan Carrom dan gitar (yang boleh dimainkan jika anda mahu).
- Dari segi tandas, Tedi tak pernah masuk.
- Dari segi menu, tiada pula Tedi nampak disediakan.
- Secara keseluruhannya, untuk sebuah warung, ia memang terbaik!
- Jadi Tedi uar-uarkan di sini semoga perniagaan mereka mendapat perhatian dan semoga mereka maju jaya.
- Jika manusia dapati masakan dan perkhidmatan mereka bagus, bolehlah tolong hebahkan ya... Rugi Tedi tengok kedai makan sebegini akhirnya bungkus begitu saja kerana tiada promosi.
![]() |
Ini Nasi Goreng Ayam yang dipesan Mommy. Lupa pula nak tanya pendapat beliau... hehehehe... |
****
Tajuk: *Bila Hati Berbicara* Channel : TV3 Ganti : Maaf Jika Aku Tak Sempurna Slot : Akasia Mula Tayangan : 28 Oktober 2014 Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm] Jumlah Episode : 28 Lagu Tema : Hujung Dunia - Hanie Soraya Barisan Pelakon : Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif Jom Tonton *Bila Hati Berbicara.* *Episod 1* *Episod 2* *Episod 3* *Episod 4* *Episod 5* *Episod 6* *Episod 7* *Episod 8* *Episod 9* *Episod 10* *Episod 11* *Episod 12* *Episod 13* *Episod 14*
20141028
2 Ulasan
Simple but nice.. boleh cuba ni kalau tersesat ke arah situ nanti.. ;)
BalasPadamtapi agak tak konsisten, kekadang rasa hangit bontot kuali...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.