بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Tadi semasa kemas komputer Tedi ni, terjumpa pula satu foto yang sungguh nostalgia.

Gambar Kad Jemputan ke Majlis Housewarming

Ini adalah gambar kad jemputan yang Tedi sunting sendiri mungkin menggunakan aplikasi Paint.Net untuk diberikan kepada kawan-kawan Mummy yang dijemput menghadiri satu majlis memperkenalkan rumah baru kami. Majlis ini orang putih panggil housewarming. Jika diterjemah secara terus berbunyi "memanaskan rumah".

gambar kad jemputan buatan sendiri untuk majils housewarming
HOUSEWARMING. 24 Feb 2013, 1.30 petang.
Tedi ingin menjemput pakcik dan makcik ke teratak Tedi di alamat .....
Datang, jangan tak datang tau.


  • Tak sangka dah dekat 2 tahun berpindah ke kawasan baru ni.
  • Semasa mula-mula anjurkan majlis housewarming ni, pakcik makcik semua duduk atas lantai je sebab yang ada cumalah meja makan, tiada perabot.
  • Pada masa itu ramai yang sesat kerana jalan rumah kami masih tiada dalam peta. Mereka merungut kerana Tedi tidak sertakan peta ke rumah kami dalam kad jemputan tersebut.
  • Semoga rumah ini berkeadaan baik dan tak bermasalah hendaknya.
  • Amin...

~20130224~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih