Taman Hidup memang agak mencabar, tidak menguntungkan tetapi berbaloi untuk mendapatkan perangkap Hidro, Arcane dan Shadow yang terkuat pada masa ini!

Peralatan Sokongan

Rumusan



Turutan Pembinaan Perangkap Baru

Kalau nak cepat habiskan tugasan di Living Garden ni, kita kenalah bina perangkap yang dikehendaki mengikut turutan yang betul.
1. Phantasmic Oasis Trap (Hydro)
  • Perangkap ini menjadi tujuan utama kerana ia membantu kita mengumpul Dewtheif Petal, Graveblossom Petal dan menangkap Twisted Carmine!
  • Dengan adanya perangkap ini, bukan sahaja kadar pengumpulan kelopak-kelopak bunga itu bertambah, malah kadar tangkapan Twisted Carmine akan turut meningkat. 
  • Resepi Pembinaan
    • 1 Phantasmic Oasis Trap Blueprint = Est + Fel + Icuri Essences
    • 1 Oasis Water Node Trap Parts
    • 3 Phantasmic Essence
2. Grand Arcanum Trap (Arcane)
Nota: dengan jangkaan anda telah memiliki Reaper’s Perch, jika tidak, sila utamakan Clockwork Portal terlebih dahulu.
  • Dicadangkan perangkap ini dibina sebelum Clockwork Portal kerana Reaper’s Perch sudah memadai untuk Sand Dune dan Sand Crypt, manakala memburu di Lost City dan Cursed City menggunakan ACRONYM tidak berapa memberangsangkan.
  • Resepi Pembinaan
    • 1 Grand Arcanum Trap Blueprints = 1 Gur + 1 Icuri Essences
    • 1 A.C.R.O.N.Y.M Parts
    • 1 Arcane Crystal
    • 40 Tiny Platinum Bars
3. Clockwork Portal (Shadow)
  • Crafting Recipe
    • 1 Clockwork Portal Trap Blueprints = 1 Icuri Essence + 1 Fel Essence
    • 1 Clock Parts
    • 8 Umbral Capacitors

20141002