Memilih perisian antivirus percuma bagi Mommy bukannya satu perkara mudah.
Pagi ini Tedi menolong memasang perisian yang diperlukan ke dalam komputer riba pejabat milik Mommy.
Selain memasang pelayar internet percuma Google Chrome, menaiktaraf pelayar internet Microsoft Internet Explorer ke versi 11 (IE11), Tedi juga memasang perisian keselamatan Microsoft Security Essential (MSE).
http://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft_Security_Essentials |
Sesungguhnya banyak lagi antivirus percuma namun kenapa harus Tedi pilih MSE?
MSE pun bukannya terletak paling atas dalam senarai perisian antivirus percuma.
Sebabnya kerana komputer ini adalah komputer pejabat Mommy, maka tidak boleh pasang antivirus percuma yang didedikasikan kepada penggunaan di rumah sahaja. Jika mahu guna di dalam rangkaian pejabat seharusnya kena guna yang berbayar.
Ketika inilah MSE muncul mengatasi antivirus lain seperti Panda Security, AVG Free dan Avast.
Lagipun Tedi pasang sementara Tedi guna internet di rumah sahaja, nanti apabila di pejabat, Mommy kenalah minta pakcik di pejabat tu pasangkan antivirus milik syarikat.
20141001 0327
2 Ulasan
nice info tedi :)
BalasPadammoga ada manfaat :)
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.