Kecantikan akhlak muslimah mengatasi kecantikan paras rupa

Wanita ibarat bunga.
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara..
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya

- nomor2.blogspot.com

  • Betullah kata-kata di atas seperti contoh Saiyidatina Siti Khadijah, Aishah, Halimatus Saadiah, dan Rabiatul Adawiyah serta banyak lagi tokoh, nama mereka "kekal" disebut zaman berzaman kerana ketokohan dek kebagusan akhlak mereka.
Kecantikan hakiki bukan dari wajah, melainkan cahaya yang keluar dari hati
- Muhamad Agus Syafii
  • Betul! Jika hati kita bagus, maka luaran kita bagus.
  • Tentunya cahaya dari hati itu berkait rapat dengan iman.
Wanita yang cantik akan membuka "mata lelaki".
Tetapi wanita yang baik akan membuka "hati lelaki".
-danaurindu
  • Wanita yang mempamerkan kecantikannya boleh sahaja menarik perhatian ramai lelaki, manakala wanita yang solehah pula akan membantu tingkatkan iman seseorang lelaki.

Mendamba cinta Illahi Rabbi

Meski ku rapuh dalam langkah...
Kadang tak setia pada-Mu ...
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu.

  • Merendah diri mengharap cinta Illahi.
  • Sedar selalu lakukan kesilapan untuk mengelak daripada dibenci Kekasih abadi.
Ya Allah, tidak aku sedari,
Selama ini cintamu tak pernah menyepi,
Rahmat kasih -sayang-Mu yang tiada bertepi,
Setiap hamba-Mu tetap Engkau sayangi,
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini,
Janji-Mu kepada hamba-Mu tak pernah Engkau mungkiri
Maafkanlah... redhailah...


***
Untuk hati kita tenang...
Jangan hasad dengki dengan orang.
Jangan berdendam dengan orang.
Orang buat jahat dengan kita, lupakan sahaja dan doakan mereka.
Nanti hati rasa lapang.

***