Kiriman ini khas buat Master, mana tahu boleh dijadikan rujukan.

Master bemain badminton menggunakan tangan kiri

  • Master adalah pemain badminton yang menggunakan tangan kiri untuk bermain. 
  • Jadi adalah sukar untuk Master menggunakan teknik yang sama dengan pemain kanan.
  • Kesukaran itu amat ketara ketika Master bermain ping-pong, di mana dikatakan kelebihan Master sepatutnya pada pukulan kilas belakang (backhand) sedangkan Master tiada kemahiran itu.
  • Oleh itu Tedi senaraikan beberapa nama (mengikut turutan abjad) untuk dikaji Master.

Bao Chunlai

  • Terima servis: kaki kanan di hadapan. Kaki kiri melangkah ke hadapan apabila bulu tangkis sampai. Tangan kiri sentiasa di hadapan.

Lin Dan

Apabila tahu sahaja nama Lin Dan masuk dalam senarai ini, Master terus berasa bangga dan suka hati, seolah-olah dia terus jadi hebat.

Lin Dan adalah musuh ketat kepada Lee Chong Wei, jadi nama beliau memang mudah dikenali pada masa ini, terutamanya buat peminat Lee Chong Wei sendiri.

  • Terima servis: dengan kaki kanan sentiasa di hadapan.
  • Bermain dengan kaki kiri mengikut kedudukan tangan kiri.
  • Berundur kanan: Berundur menggunakan kaki kanan dengan satu langkah sahaja. Jadi apabila dia di belakang bulu tangkis, kaki kirinya sedia di hadapan.
  • Berundur kiri: Berundur dimulai kaki kiri dengan 2 langkah. Apabila langkah kedua mendarat, dia terus membuat pukulan. 
  • Smash: Semasa smash, tangan kirinya bukan berada di hadapan sebaliknya di bahagian kiri, dengan tubuh kanannya menghadap lawan. Jadi smash beliau akan menghala ke kanan lawan.****
 
 20220922