Umum mengetahui melintas di hadapan hamba yang sedang bersolat adalah dilarang.
- Namun Tedi mahu berbicara dari sudut pandangan yang agak kontra.
- Bukannya kerana Tedi mahu mempertahankan mereka yang melintas di hadapan mereka yang bersolat, cuma supaya muslimin saling bantu-membantu dan bukan saling menyalahkan di antara satu sama lain.
Jangan solat di laluan orang ramai
- Memanglah sakit hati jika ada manusia melintas di depan ketika manusia bersolat, namun harus salahkan diri sendiri (atau berlapang dada) jika hal itu terjadi dek pilihan diri sendiri.
- Satu contohnya adalah bersolat di belakang laluan pintu masuk masjid, atau di bahagian belakang masjid.
- Tentulah orang ramai terpaksa melintas kerana itu adalah laluan mereka.
- Mereka pun ada urusan dan mungkin tak dapat menunggu, atau mungkin mereka tidak perasan kerana adatnya itu adalah memang laluan utama.
Letakkan halangan atau solat di belakang halangan.
Solat dengan meletakkan halangan atau sempadan di hadapan, selalunya digelar sutrah. |
- Jika mahu solat di kawasan yang orang ramai boleh melintas, letaklah sesuatu (contohnya beg komputer riba) di hadapan, supaya ia menjadi sempadan.
- Selain itu boleh pilih lokasi di belakang dinding, cuma pastikan ia bukannya lokasi di mana rak buku atau alQuran diletakkan kerana mungkin ada jemaah mahu membacanya.
Solat menggunakan sutrah adalah sunat. |
Jarak diletakkan penghalang atau sutrah adalah sejauh 3 suku hasta (tiga per empat hasta), - http://www.islam.gov.my/e-hadith/letak-penghadang-ketika-solat |
Solat di saf hadapan.
- Tiada masalah rasanya jika ketika mahu bersolat itu, dipilih lokasi yang agak ke hadapan, jadi orang ramai tidak perlu berpusing jauh jika destinasinya terletak di hadapan masjid.
20141002
4 Ulasan
subhanallah..tq for sharing
BalasPadamerr... xdela sharing pun.. sekadar pandangan peribadi... :)
Padaminsyallah., sngat bermanfaat
BalasPadaminsya-Allah.. dan jika pandangan ini tidak kena, sila lah betulkan..
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.