Tiba-tiba petang semalam mendapat informasi mengenai satu ujian yang akan diadakan.



  • Ujian yang dinamakan Ujian Asap kepada Ujian Penerimaan Pengguna untuk subjek CBO itu akan diadakan pada hari ini.
  • Tedi dan kawan-kawan terpaksa turun padang pada hari ini untuk membantu perlaksanaan ujian tersebut.
  • Maka terpaksalah Master menghantar Tedi ke Kerinchi pada hari ini, sekaligus melupakan hasrat beliau untuk ke Pusat Selenggara PROTON yang berdekatan.
  • Cadangnya Master nak tukar cakera klac kerana proses penukaran gear agak tidak lancar dan prestasi pecutan kereta Proton SAGA BLM IAFM 1.3MT milik Mommy semakin berkurangan.
  • Berkenaan ujian yang dinamakan Ujian Asap itu, Tedi sendiri pun tidak pasti apa tujuannya dan Tedi pun tidak pernah mendengarnya.
  • Adakah ia memang nama ujian itu? atau ia satu istilah?
  • Yang pasti ramai yang berasap kerana kena datang ke sekolah pada hujung minggu.
  • Kawan Tedi kata Ujian Asap itu adalah sejenis Ujian Tekanan.
  • Tapi Tedi rasa mungkin ia adalah satu teknik ujian yang tidak memerlukan ketelitian atau diuji dengan mendalam, sebab asap kan kelabu? Apabila kelabu kita tak nampak kan?
  • Namun setelah Tedi kaji, sipi je mengena. Rupanya Ujian Asap ini memang macam Ujian Tekanan cuma ia tidak mendalam dan cukup untuk tahu di mana wujud masalah.
Seperti pakcik ini yang menggunakan Ujian Asap untuk mengetahui di mana wujudnya keretakan pada struktur binaan. Sekolah Tedi menggunakan konsep yang sama tapi untuk tujuan berbeza, tapi tetap juga untuk menguji sesuatu struktur.


11 Oktober 2014