بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pagi ini Tedi mahu berkongsi satu nasyid yang amat syahdu yang bertajuk Ya Rasulullah yang dipopularkan kumpulan nasyid dari Malaysia, Raihan.

Nasyid ini adalah salah sebuah lagu yang berjaya membuat Tedi menangis dek kesyahduan dan pengharapan seorang umat kepada Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam.

Alangkah Indahnya Hidup Ini...

Lirik nasyid ini beberapa kali menekankan ayat "Alangkah indahnya hidup ini" sehinggakan ramai yang menganggap tajuk nasyid Ya Rasulullah ini bertajuk "Alangkah Indahnya Hidup Ini...".

  • Munsyid: Raihan
  • Album: Senyum
Gambar sorang kanak-kanak lelaki sedang menangis merindui seseorang
 
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajahmu
Akan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu
 
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
 
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu
 
Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim
 
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu
 
Ku tahu cintamu kepada ummat
Ummati ummati

Ungkapan Ya ummati, ya ummati yang membawa maksud wahai umatku, wahai umatku adalah ungkapan popular yang disebutkan Rasulullah sollallahu a'alaihi wassalam pada saat kewafatan Baginda sollallahu 'alaihi wassalam. Ungkapan ini diungkapkan baginda kerana kerisauan baginda sollallahu 'alaihi wassalam terhadap nasib umatnya setelah kewafatan Baginda.

Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami
 
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu
 

Komentar Tedi mengenai lirik nasyid "Ya Rasulullah" ini:

  1. Nasyid ini menceritakan mengenai kerinduan seorang umat Nabi Muhammad S.A.W sehingga dia selalu merintih untuk hidup bersama Rasulullah S.A.W.
  2. Ini mungkin tanda kecemburuan kepada para sahabat yang dapat bersama Rasulullah S.A.W yang dapat menatap mata, mengucup tangan, memeluk tubuh Rasulullah S.A.W.
  3. Bait "Ku tahu cintamu kepada umat.. ummati.. ummati", merupakan secebis kisah pada saat Rasulullah S.A.W dicabut nyawa, Baginda S.A.W asyik menyebut "ummati" yang bermaksud "umatku", menunjukkan betapa dalamnya cinta Baginda S.A.W kepada umat Islam.
  4. Bait "Kurniakanlah syafaatmu" adalah berkaitan dengan bantuan yang akan diberikan Baginda S.A.W kepada umat yang mencintai Baginda S.A.W pada hari kiamat, di mana Nabi Muhammad S.A.W akan memberi minum daripada telaga Baginda.

20141008

 


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm