Surat balasan kepada surat tunjuk sebab dek kelewatan hadir ke sekolah perlu dijawab dengan ringkas dan tepat.
- Penggunaan tatabahasa yang betul adalah sangat perlu.
- Penjelasan atas kelewatan perlu diberikan dengan jelas.
- Elakkan nada memberi alasan.
Hilang semangat kesekolahan apabila diberi surat tunjuk sebab. |
Contoh surat tunjuk sebab yang Tedi gunakan:
Rujukan Tedi: Tedi/Comel/Tunjuk-Sebab/2014/0001
TEDI
Kelas 1 Comel
25 November 2014
GURU BESAR
Sekolah Tedi belajar sekarang
Cikgu,
SURAT PENJELASAN LEWAT HADIR BELAJAR
Pertama, Tedi ingin meminta maaf di atas kelewatan Tedi ke sekolah. Tedi sedar sikap itu amat tidak professional bagi beruang yang comel seperti Tedi.
Kedua, sekadar untuk makluman Tedi tinggal jauh dari sekolah dengan jarak 50 kilometer, hadir ke sekolah menaiki kereta, dan faktor trafik amat memberi kesan. Di samping itu Tedi perlu menghantar Mommy ke pejabat beliau terlebih dahulu.
Ketiga, tapi Tedi amat berharap pihak sekolah turut mengambilkira komitmen Tedi kepada sekolah di mana Tedi ada masanya pulang lewat semata-mata untuk menyiapkan kerja sekolah.
Keempat, ada masanya juga Tedi hadir ke sekolah pada hujung minggu untuk menyelesaikan kerja sekolah yang belum selesai.
Walaupun alasan Tedi lewat hadir ke sekolah itu tampak remeh di mana ramai pelajar mengalaminya, namun Tedi berharap pihak sekolah tidak mengambil tindakan tatatertib ke atas Tedi kerana Tedi telah berusaha memberi komitmen terbaik kepada pihak sekolah.
Yang benar.
TEDI
Penafian :
Selama Tedi gunakan jawapan seperti di atas ni, memang asyik kena reject dengan alasan orang lain boleh awal, takkan beruang comel macam Tedi tak boleh sampai?
25 November 2014
4 Ulasan
Walaupun pihak sekolah telah menerima alasan tedi itu.. tapi tak bermakna lepas ni tedi akan terlepas lagi.. tunjukkan kesungguhan dan berusaha untuk hadir lebih awal ke sekolah. ---> jawapan guru besar.. ;)
BalasPadamKejamnya guru besar....
PadamTu surat tunjuk sebab untuk bulan lepas, bulan ni lewat jugak... huhuhuhu
Erm... pengunaan bahasa pasar di situ.ok buat surat semula :p
BalasPadamermmm.. yang mana Cikgu Hana?
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.