Master adalah penggemar keropok terutamanya keropok lekor atau keropok keping.

  • Oleh itu semasa Master menemani Mommy dan adik-beradiknya membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 25 Oktober lalu, dia singgah di sebuah gerai menjual keropok.
  • Gerai itu bernama Keropok Jalan T.A.R, menjual keropok yang dah digoreng mahupun yang mentah,
  • salah satu promosinya adalah beli 3 bungkus dengan harga RM 5, sedangkan harga sebungkus adalah RM 2.
  • Oleh kerana bilangan kami ramai, maka Master beli 3, satu pembelian yang dikatakan berbaloi ketika itu.
  • Namun sebaik sahaja keropok itu dimasukkan ke mulut, ternyata ia tak mampu dimakan, kerana ia terlalu masin.
  • Jadi kepada pembeli di luar sana, kalau nak membeli Keropok Jalan T.A.R ni, agaknya lebaih baik cuba rasa dulu.
  • Kepada peniaga pula, jangan sibuk kejar untung sehingga tak pedulikan kualiti produk anda. Apatah lagi keropok lekor ini seharusnya jadi produk kebanggaan negara, jika dimakan pelancong dan tak sedap, apa nak dibanggakan lagi? Selain itu anda juga merosakkan imej peniaga keropok lekor yang lain.

20141110