Pagi tadi Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1.3 IAFM tu ke bengkel untuk tukar cakera klac.
Seribu Kali Cahaya - Pergi Takkan Kembali |
- Balik sahaja dari bengkel, Tok Mak hubungi Master untuk memaklumkan mengenai kematian Nyang Shahidan.
- Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali, pemergiannya adalah setelah berusia 91 tahun dan lumpuh dalam masa 8 tahun.
- Pemergian Nyang Shahidan agak mengejutkan, dan alhamdulillah, segala pujian bagi Allah subhanahu wa ta'ala kerana telah menemukan kami dengan Nyang Shahidan pada minggu lepas.
- Pertemuan kami itu tidak kami rancang kerana ketika itu kami baru sahaja mendarat di jeti selepas bercuti di Pulau Pangkor, di mana kami dihubungi mak saudara Master yang memaklumkan mengenai keadaan Nyang yang tidak berapa sihat.
- Maka bergegaslah kami ke Ipoh untuk menziarahi arwah pada masa itu.
- Ketika Nyang nampak Master, dia segera menyapa nama Master dan menyebut-nyebut perihal Master yang pernah hilang dan disangka terjun ke tali air ketika Master masih kecil.
- Perbuatan Nyang itu agak mengejutkan Master kerana Nyang selalunya takkan ingat siapa yang disapa dan selalunya akan bertanya banyak kali.
- Orang kata itu tanda Nyang dah sampai ajal, wallahu'alam, dan Allah lebih mengetahui.
Hantar Mak Long ke Subang, dan tiada kenderaan.
- Tentatif kami pada hari itu sepatutnya adalah menghantar Mak Long ke Lapangan Terbang Subang.
- Kami segera berkemas, dan dalam jam 12 kami bergerak, namun nak masuk Subang punyalah sesak dek kemalangan sebuah kereta (mungkin hanya sebuah) yang terbalik di jalan masuk ke Subang.
- Ketika itu hampir jam 3 petang.
- Setelah menghantar Mak Long kami cuba mendapatkan maklumat, dan dimaklumkan bahawa arwah akan dikebumikan pada jam 6 petang di Pulau Pinang.
- Kerana kami tak berani menggunakan kereta Mak Long ke Pulau Pinang, dan tambahan pula kami takkan sempat sampai, kami berpatah pulang.
- Sebelum itu kami singgah di rumah kawan Mommy di Kampung Malaysia Tambahan untuk mengambil komputer riba Mommy.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.