Tadi Master tunjukkan kepada Tedi klip video "Smooth Criminal" nyanyian Michael Jackson.
- Walaupun Tedi tak berapa kenal siapa dia ni, Tedi agak tertarik dengan lirik lagu dia.
- Dalam lagu tu disebut beberapa kali, "Adakah awak okay, Annie?"
- Dan lagu tu menceritakan mengenai seorang wanita bernama Annie yang diserang oleh seorang penjenayah licik dipanggil "Smooth Criminal".
- Dan pakcik Michael Jackson ni tak habis-habis bertanya, "Adakah awak okay, Annie?"
- Bila mendengar perkataan itu diulang banyak kali dan penceritaan dalam bait-bait lagu tu, Tedi mula yakin, mesti lagu ini mengenai sebuah kes jenayah ke atas seorang wanita.
- Maka Tedi mula menggelitar siapakah Annie tersebut? Apa yang terjadi kepadanya sehingga dimasukkan dalam lagu?
- Setelah beberapa pembacaan, rupa-rupanya watak Annie tu merujuk kepada Resusci Anne, sebuah patung yang digunakan dalam latihan bantuan CPR.
- Dalam latihan itu frasa, "Adakah awak okay Annie?" akan diulang untuk mendapatkan tindak-balas mangsa.
- Errm, patung latihan CPR pun boleh beri inspirasi kepada penciptaan lagu ek?
Inilah si Annie dalam lagu Smooth Criminal. |
20141122
4 Ulasan
ha ha yekerr..tak pernah tau pon
BalasPadamhaha... Tedi pun baru sahaja tahu... melalui wikipedia.
Padamhaha., bio btul.,
BalasPadamitulah apa yang Tedi maklumi melalui pembacaan Tedi.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.