Selamat berjuang Harimau Malaya!

gambar banner iklan sepanduk pemidang poster perlawanan semi final AFF Suzuki Cup Malaysia menentang Vietnam di Stadium Shah Alam
Gambar poster perlawanan semi final AFF Suzuki Cup di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember 2014 jam 8:45 malam. Harga tiket kanak-kanak ialah MYR 10 (sepuluh Ringgit Malaysia) dan harga tiket dewasa ialah MYR 40 (empat puluh Ringgit Malaysia).

 

  • Esok, para Harimau Malaya akan berjuang menaikkan nama Malaysia dalam pertandingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014.
  • Jika Harimau Malaya bermain seperti ketika mereka menentang Thailand, Tedi percaya kita ada peluang untuk menang.
  • Namun jika mereka bermain seperti ketika menewaskan Singapura 3-1, mungkin kita akan kecewa.
  • Kerana dalam perlawanan tersebut ternyata bahagian tengah kucar-kacir dengan hantaran bola yang selalu terkandas atau terlepas kepada pihak lawan.
  • Selain itu pihak penyerang pula sering naik ke atas bersendirian, dan seolah-olah kelam-kabut untuk terus menghantar bola atau menendang bola tanpa menunggu kawan-kawan tiba untuk memberi sokongan.
  • Tapi tak mengapa, inilah masanya untuk kita meyakini mereka, mereka yang berada di atas padang dan mereka yang lebih mengetahui potensi diri mereka sendiri.
  • Bagi pihak penyokong, gemuruhkan stadium Shah Alam dengan sokongan anda!

20141206