Ramai kawan meminta bantuan Tedi untuk menyelesaikan kerja sekolah mereka.
- Mula-mula Tedi nak minta maaf kerana lambat membalas, setakat private message, Tedi layan setakat yang mampu.
- Berkenaan soalan mengenai lukisan seorang nenek tua membelai kucing, Tedi cuba bagi nasihat setakat yang mampu.
- Nasihat kali ini kita pandukan kepada beberapa contoh lukisan.
Lukisan |
Komen Tedi |
|
- Ini adalah contoh lukisan yang sungguh epik kerana berani mempertaruhkan latar-belakang berwarna hitam.
- Kalau lukis semasa peperiksaan, memang nahas!
- Lukisan ini menunjukkan seorang nenek dengan kedutan jelas di wajahnya sedang membelai kucingnya.
- Gambaran rumah usang juga turut membantu menggambarkan situasi di mana nenek ini berada. Mungkin sukar nak nampak keusangan rumah itu, tapi kehadiran meja yang ringkas agak membantu.
|
|
- Lukisan dua orang nenek berbual sambil salah seorang membelai kucing.
- Tedi tak galakkan lukisan seperti ini kerana ketelitian pada figura tidak jelas kelihatan.
|
|
- Lukisan ini menunjukkan seorang nenek mencium kucingnya.
- Latar belakang di kebun agak membantu kerana nenek selalunya suka berkebun.
|
Label: gambar nenek tua membelai kucing, lukisan makcik membelai kucing, contoh lukisan seorang nenek tua sedang membelai kucing. 20141220
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.