بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Rakyat Malaysia umumnya mengetahui bencana banjir yang sedang dahsyat melanda negeri Kelantan Darul Naim
Gambar suasana banjir di Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu di negeri Kelantan di negara Malaysia. Garaj dan padang sekolah ditenggelami air.
- Petang tadi, sekitar jam 3.30 petang, Mommy sepatutnya terbang ke Kota Bharu (Kelantan) dari KLIA 2.
- Manakala Master pula akan menyusul usai kerja pada jam 8.30 malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
- Mommy petang tadi hanya menunggu masa untuk masuk ke balai berlepas, menunggu di luar pintu sambil menanti berita terkini daripada keluarga di Kelantan.
- Akhirnya Mommy memilih untuk tidak menaiki penerbangan tersebut kerana Jambatan Sultan Yahya Petra telah ditutup dan Pasir Pekan telah dinaiki air.
- Manakala Pak Ngah sekeluarga pula telah meninggalkan rumah mereka untuk berlindung di pejabatnya.
- Tidak tergamak rasanya menyusahkan mereka di sana pada ketika mereka benar-benar dalam kesusahan.
- Tak sangka banjir tahun ini sungguh dahsyat! Sebelum ini memang tiada kelibat air bertakung namun kini di Wakaf Bharu pun deretan rumah kedai sudah digenangi air.
- Sungguh susah memutuskan untuk tidak bersama keluarga saat mereka dalam kesusahan.
Gambar Jambatan Sultan Yahya Petra yang ditutup kerana arus deras Sungai Kelantan
~20141226~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.