Hari Ahad yang lalu Tedi ditaja menonton The Hobbit: The Battle of Five Armies oleh PLUS Expressway Group.

Tedi bukanlah peminat tegar The Hobbit kerana bagi Tedi ia agak membosankan.
Tapi dek kerana orang ramai sibuk memperkatakan mengenainya, Tedi pun sibuk nak menontonnya, dan hasilnya Tedi sangat kecewa, mungkin kerana jangkaan yang diletakkan amat tinggi!


Ini beberapa komen Tedi.


Kosong kosong kosong
  • Apabila menonton filem ini, Tedi berasakan kekosongan yang amat sangat!
  • Aksi perangnya banyak tapi tanpa aksi yang mengkagumkan.
  • Tiada emosi yang menyeksa kita yang memaksa kita berharap akan datang hero atau peralatan canggih membantu mereka yang hampir tewas.
Thorin bukan Optimus Prime!
  • Ada satu ketika di mana pasukan Iron Foot dari Iron Hill pimpinan sepupu Thorin hampir tewas dan dia memerlukan bantuan Thorin, Thorin tak keluar kerana dia mabuk harta.
  • Tapi akhirnya dia keluar dengan pasukannya.
  • Ketika ini Tedi berharap dia akan keluar dengan senjata canggih atau mesin yang hebat yang lama tersimpan dalam gunung tu.
  • Tapi sebaliknya dia keluar begitu sahaja dan tiba-tiba pasukan Dwarf jadi hebat!
  • Hello! Ini bukan cerita Transformers okay! Kalau Thorin tu Optimus Prime, Tedi boleh terima lagi... atau kalau Thorin tu ada senjata hebat macam tukul si Thor tu.
Tentera Kelima
  • Ketika perperangan berlangsung dan ketika Orc menyerang dari utara, Tedi sibuk mengira berapa angkatan tentera telah tiba.
  • Tedi kira ada pasukan Dwarf, Elf, Human, dan Orc... mana satu pasukan lagi!
  • Tedi amat berharap pasukan ini sangat hebat.
  • Tapi akhirnya cuma Burung Helang Gergasi dan Beruang Gergasi. Kalau cerita Narnia tedi boleh terima kot sebab tu cerita untuk budak-budak... atau kalau kehebatan beruang dan helang tu ditampilkan dengan kesan khas yang mengkagumkan!
  • Ini sekadar helang terbang sambar tentera selepas tu beruang bergolek-golek... Tedi pun boleh golek-golek tau.
  • Gelek pun Tedi boleh buat.
  • Cubalah tampilkan kehebatan Helang Gergasi tu macam kehebatan Naga pada awal filem. Kurang-kurang kalau buat dia kibas sayap, tentera Orc tercampak, itu pun dah okay.
Aksi perang tak logik
  • Jika melihat persiapan dan kekuatan tentera, tentunya Orc akan menang.
  • Tapi Orc nampaknya tak sehebat mana walaupun teknologi mereka lebih canggih!
  • Kubu dan kota selamba mereka musnahkan namun akhirnya tentera mereka kalah bila lawan seorang-lawan-seekor.
  • Ini sungguh tak logik bagi Tedi kecuali jika musuh mereka punyai taktik atau strategi hebat!
  • Mungkin Tedi tak adil kerana ini bukan dokumentari perang, tapi memang Tedi tak puas hati.
Itu sahajalah komen Tedi mengenai filem ini. Kesimpulannya ini mungkin merupakan filem The Hobbit yang paling tak bagus.
Terima kasih kepada PLUS Expressway yang sudi menaja tontonan filem ini di Cathay Cineleisure eCurve Damansara.