Seperti biasa pada waktu pagi Tedi akan sediakan 2 biji telur sebahagian masak buat Master.
- Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus air.
- Kemudian masukkan kedua-dua biji telur itu ke dalam sebuah jag.
- Masukkan air panas ke dalam jag itu.
- Biarkan sehingga air itu sejuk.
- Namun, sesuatu hal yang menarik berlaku pada minggu lalu apabila ada sebiji telur tu tak mahu tenggelam.
- Selama Tedi menyediakan telur sebahagian masak, inilah pertama kali Tedi temui telur tak mahu tenggelam.
- Apabila selesai mandi, Tedi segera mengeluarkan telur yang direndam.
- Tedi mulakan dengan telur yang tenggelam... cantik isinya.
- Diikuti dengan telur yang timbul... Tedi pecahkan ke dalam bekas yang berbeza.
- Apabila Tedi ketuk sahaja dengan sudu, ia terus mengembang dan retak dalam banyak arah.
- Ia mahu meletup namun nasib baik ia tidak meletup!
- Rupa-rupanya telur itu sudah busuk dan mungkin itulah telur yang dipanggil telur tembelang.
- Kalau meletup, sudah pasti Tedi akan demam dan cuti sekolah selama seminggu!.
20141229
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.