Hari ini Master lambat ke tempat kerja kerana malam tadi beliau balik kerja lewat.
Hari Ahad, Sabtu pun kena kerja sebabnya vendor lambat siapkan sistem mereka maka Master pun terpaksa memastikan sistem yang dijaganya sejajar dengan perkembangan sistem vendor.Apa-apa pun hari ini Tedi terkejut apabila menerima kiriman gambar seluar dalam. Tak sangka pula ada saja idea mereka ini. Inilah jadinya apabila ilmu dan idea tidak berlandaskan agama dan iman. Idea itu disalurkan pada tempat yang salah.
Kepada mereka yang mempunyai pembantu rumah perlu lebih berjaga-jaga, perlu lebih waspada, perlu lebih menjaga harta benda mereka.
Kerana kini mereka sudah punyai seluar dalam yang punyai poket untuk menyimpan barang curi.
20150626
2 Ulasan
Ada je idea dorang ni, berhati-hatilah kita semua hendakNYA.
BalasPadampada zaman sekarang ini macam-macam boleh jadi...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.