Dunia di hutan konkrit dan gelas ini penuh dengan pancaroba.

  • Ia mencorakkan insan menjadi egois dan hanya mementingkan diri masing-masing.
  • Ketika Master sampai di Kuala Lumpur dahulu, dia agak menghormati orang tua. Jika menaiki bas dan Master dapat duduk, akan diserahkannya kepada mereka yang lebih memerlukan.
  • Namun lama kelamaan sikap itu terhakis. Lama kelamaan sifat Master bertukar rona.
  • Gamaknya pada masa sekarang Master akan lebih rela menduduki tempat duduk itu sendiri tanpa menyerahkannya kepada sesiapa.
  • Adakah ia kerana sombong? Tedi tidak berasa demikian.
  • Dalam mengharungi kehidupan seharian di kota kaca ini, kita mungkin kelelahan dan mengalami tekanan.
  • Kelelahan dan tekanan itu mencorak diri kita sehingga kita lupakan kelelahan dan tekanan pada orang lain.
  • Ketika itulah kita hanya mementingkan diri sendiri.
  • Perkara ini membuat Tedi terfikir seketika, mengenangkan satu peribahasa yang agak cerdik tinggalan mereka yang terdahulu daripada kita.

"Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"

  • Peribahasa itu secara rasminya bermaksud masyarakat yang tiada muafakat, hanya berpegang pada pendapat sendiri.
  • Peribahasa itu secara mudahnya ditafsir sifat manusia yang mementingkan diri tanpa memikirkan orang lain.
  • Tapi apabila difikirkan mendalam, "enau dalam belukar" adalah satu gambaran yang dahsyat! Di mana keadaan enau itu terpaksa bersaing sesama sendiri demi melepaskan hajat masing-masing. Mereka bukan saja-saja mementingkan diri, tetapi keadaan sekeliling yang memaksa.
Gambar peribahasa bagai enau dalam belukar ditunjukkan oleh sikap berebut-rebut dalam kesesakan lalu lintas
  • Contohnya dalam kesesakan lalu-lintas, walaupun apa yang diajar adalah bergilir-gilir memberi lalua, namun dek kerana tekanan punch card atau mengejar masa masuk pejabat jam 8.30, manusia kota raya melupakan ajaran itu dan masing-masing "mencucuk" kereta agar tiada ruang diberikan kepada orang lain.
  • Boleh juga dijadikan contoh dalam suasana kerja di pejabat, apabila pendapat seseorang yang naif dan jujur digunakan untuk menikamnya dari belakang semata-mata untuk menjaga air muka atau demi mempromosi diri.
  • Ermmm... desakan hidup di kotaraya, menghakis nilai murni yang ditelan masa.

Apakah itu enau?

Sibuk berperibahasa sehingga lupa mencari makna. Peribahasa bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing itu memberitahu kita bahawa enau adalah sejenis tumbuhan.

Tumbuhan apakah itu?

Enau sebenarnya adalah sejenis tumbuhan palma yang nama saintifiknya disebut Arenga Pinnata. Ia juga disebut orang di Malaysia sebagai pokok aren atau pokok kabung. Kita boleh mendapatkan gula daripada enau, jika kawan-kawan pernah dengar nama gula kabung atau gula aren.

Ini adalah gambar lukisan vektor pokok enau.

lukisan vektor sebatang pokok enau kabung aren

Mati-mati Tedi ingat selama ni bahawa Gula Kabung dan Gula Merah itu sama iaitu daripada nira pokok kelapa. Di bawah ni adalah gambar buah kabung yang sedap jika diletakkan dalam air batu campur, nyam nyam.

Gambar buah kabung atau buah enau atau buah aren

Di bawah ini pula adalah gambar buah kabung yang belum masak.

Gambar buah kabung pada pokok belum masak

Penafian:

Rencana ini adalah pendapat Tedi tentang maksud peribahasa bagai enau dalam belukar. Ia mungkin salah atau tidak.


Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 10 Feb 2015.