Hari ini Tedi nak meninjau beberapa lukisan rumah usang.

  • Kenapa pula Tedi gatal tangan nak meninjau lukisan-lukisan rumah usang ini? Kerana ia ada kena mengena dengan kerja sekolah yang Tedi perlu siapkan untuk kawan-kawan di luar sana.

Lukisan rumah usang oleh Susan Isakson

Gambar ringkas rumah usang dari http://talesfeaturingthepenguinsdemise.blogspot.com/2011/02/story-saturday-part-one-of-zompocalypse.html. Walaupun ringkas namun cukup jelas menggambarkan keuzuran rumah tersebut. Jika dilukis dengan lebih professional mungkin akan menjadi lukisan yang mengkagumkan kita semua.
Wow! Lukisan rumah usang di atas bukit karya Che Hafizie Che Ahmad ini memang memukau indera penglihatan Tedi! Walaupun dari segi pewarnaan dan strok lukisan tidak menampakkan keusangan sebuah rumah, namun belia mengambil inisiatif dengan melukis tumbuhan menjalar yang menyelimuti rumah tersebut. Selain itu lukisan bukit juga tidak menghampakan.
Lukisan ini Tedi panggil lukisan rumah usang minimalis dari http://picturerumahminimalis.com/wp-content/uploads/2014/08/lukisan-rumah-usang.jpg. Memang ringkas rumah yang dilukis namun kesannya terasa dengan gabungan lukisan tumbuhan yang membentuk hutan kecil di belakan rumah tersebut. Pewarnaannya memang terbaik! Begitu juga komposisi keadaan rumah yang dilukis dengan jelas akan keuzurannya. Sebenarnya lukisan ini tidak wajar digelar minimalis kerana strok lukisannya berjaya menggambarkan keusangan rumah tersebut. Tapi jangan pula dilukis lukisan rumah buruk kerana buruk dan usang itu adalah sesuatu yang agak berbeza. Rumah usang kerana usianya tetapi rumah buruk disebabkan persembahannya.
  • Itu sahaja beberapa foto lukisan yang boleh Tedi jadikan sebagai sumber inspirasi.
  • Menyebut mengenai Rumah Usang, Tedi seringkali terfikir kenapa rumah-rumah yang ditinggalkan ini akan mengalami keadaan yang tidak terjadi ketika penghuni masih ada?
  • Contohnya, bagaimana pokok boleh menjalar dan tumbuh dalam rumah? Sedangkan jika ada penghuni, pokok-pokok itu tidak pula mahu masuk? Adakah pokok-pokok itu tahu rumah yang mana bertuan dan yang mana tidak?

20150204