Dalam perjalanan menziarahi mangsa-mangsa banjir, kami singgah di Pasaraya PKT Wakaf Bharu untuk membeli sedikit barangan untuk disumbangkan kepada mereka.

 

Pasaraya PKT ini sebenarnya adalah sebuah pasaraya yang mungkin tidak boleh dipanggil pasaraya pun. Ia adalah sebuah kedai dua tingkat yang menawarkan pelbagai barangan.

 

Sebagai sebuah pasaraya kecil tiada apa yang menjadikan ia sebuah pasaraya yang istimewa.

 

Namun satu "poster" berjaya menarik minat Tedi di mana pasaraya ini berusaha memudahkan para pembeli dengan menyenaraikan semua harga susu isian dalam tin untuk dibandingkan oleh para pengguna.

 

Senarai 19 jenama susu itu ternyata agak unik di samping membantu Tedi mengenal beberapa produk yang Tedi tak pernah dengar.

 

Contoh jenama susu dan harganya adalah seperti berikut:

  1. Carnation Krimer Sejat 390g (RM 2.70)
  2. Crispo Krimer Manis (RM 2.30)
  3. F&N Kalsium Tinggi (RM 2.65)
  4. F&N Krimer Sejat (RM 2.70)
  5. F&N Susu Isian Sejat (RM 2.95)
  6. Gold Coin Krimer Manis (RM 2.35)
  7. Gold Coin Kopi dan Teh Tarik (RM 2.40)
  8. Gold Coin Krimer Sejat (RM 2.35)
  9. Ideal Krimer Sejat 390g (RM 3.40)
  10. KRIS Krimer Manis 500g (RM 2.10)
  11. MariGold Kopi dan Teh Tarik (RM 2.40)
  12. MariGold Krimer Manis (RM 2.45)
  13. OKI Krimer Manis 500g (RM 2.25)
  14. SAJI Krimer Manis Pekat 505g (RM 2.30)
  15. SAJI Krimer Sejat Cair 500g (RM 2.30)
  16. Tea Pot Krimer Manis Pilihan 500g (RM 2.39)
  17. Tea Pot Krimer Manis 500g (RM 2.65)
  18. Tea Pot Krimer Sejat 390g (RM 2.50)

03 Feb 2015, 20150203