Pada awalnya malas Tedi nak taip mengenai perkara ini, namun apabila memikirkan pada suatu hari ia akan menjadi sesuatu yang akan dikenang, Tedi catatkannya.
Pagi ini beberapa orang pakcik berjaga dan meronda kawasan taman perumahan kami.
Ini adalah kesan daripada beberapa aktiviti pecah rumah di kawasan kami ini.
Pecah rumah itu bukanlah kerana tuan rumah mahu melakukan pengubahsuaian ke atas rumah mereka, sebaliknya rumah mereka telah dirompak.
Kejadian yang berlaku pada awal pagi semalam itu melibatkan 2 buah rumah.
Sebuah rumah dirompak dengan penghuni lena tidur di dalam rumah, dipercayai di antara jam 2 hingga 5 pagi kerana tuan rumah terjaga jam 2 pagi untuk menutup suis kipas dan anaknya pula menyedari sebuah bilik telah digeledah pada jam 5 pagi.
Mujur pula si penjenayah tidak membuat sesuatu kepada tuan rumah. Mereka telah menggunting pintu grill dan kemudian masuk melalui pintu gelongsor (sliding door) rumah lot tepi itu.
Sebuah rumah lagi si penjenayah hanya mampu memecahkan pintu grill dapur tapi tak berjaya masuk ke dalam rumah.
Tedi sebenarnya malas nak panggil penjenayah dengan gelaran si penjenayah, kerana Tedi percaya perangai mereka itu lebih sesuai dipanggil sang penjenayah.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.