Benarkah kecanggihan dalam pengajaran akan menambah impak keberkesanan penerimaan ilmu oleh murid-murid?
# Guru diingatkan guna peralatan canggih mengajar Matematik # walaupun wajahmu tidak ku kenali, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku #
- Dah lama Tedi tidak melalut di sini, dan seperti biasa kesibukan di sekolah menjadi alasan.
- Tadi Tedi sengaja melihat gambar-gambar lama guru-guru Tedi, mengimbau kenangan.
- Dan satu perkara ini menarik perhatian Tedi... iaitu mengenai teknik pengajaran yang canggih.
- Bagi Tedi, perkara paling penting adalah keikhlasan hati si guru untuk menyampaikan ilmu.
- Apabila si guru itu ikhlas, maka tentu akan terbit idea-idea bernas bagaimana beliau mahu menyampaikan ilmu di dadanya.
- Tentu jugalah di antara idea bernas itu akan ada idea-idea canggih yang sesuai dengan keadaan semasa dan peredaran zaman.
- Ada masanya mungkin cikgu-cikgi terpaksa pula belajar dengan murid-murid berkenaan perkembangan teknologi semasa, maklum sahajalah... lain generasi, lain caranya.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.