Apakah itu lingua franca?

 

  1. Lingua franca atau disebut li-ngu-a fran-ka yang Tedi fahami adalah bahasa perantaraan,
  2. Bahasa rasmi negara Malaysia iaitu Bahasa Malaysia sepatutnya menjadi lingua franka yang membolehkan kita saling berkomunikasi walaupun berbilang bangsa.
  3. Bahasa Inggeris kini menjadi lingua franca dunia yang digunakan di merata tempat - oleh itu amat penting untuk menguasainya supaya kita dapat bersaing dalam dunia moden.
  4. Bahasa Arab yang menjadi bahasa Al-Quran pula sepatutnya menjadi lingua franca kepada umat Islam.
 

Lingua franka pada zaman kegemilangan Melaka.

 
  1. Pada zaman Tamadun Melaka, Bahasa Melayu adalah lingua franca yang membolehkan para penduduk, pedagang dan pendakwah berkomunikasi.
 

Lingua franca di Malaysia

 

  1. Melihatkan kepelbagaian etnik di Malaysia sekarang termasuk dek kebanjiran pendatang Myanmar, Nepal dan Bangladesh, mereka sepatutnya menguasai bahasa yang menjadi lingua franca untuk saling berkomunikasi.
  2. Malangnya ramai juga di antara mereka tidak memahami Bahasa Melayu atau pun Bahasa Inggeris sehinggakan kita terpaksa memberi isyarat.
  3. Alangkah indahnya jika Bahasa Kebangsaan Malaysia diperkasakan sehingga semua yang menjejak bumi ini berkomunikasi menggunakannya.

 

Asal-usul lingua franca?

  • istilah lingua franca dikenali juga sebagai Frankish
  • ia digunakan buat pertama kali pada Zaman Pertengahan
  • bahasa ini daripada bahasa Perancis dan Itali
  • ia dicipta oleh tentera salib dan para pedagang di Mediterranean 

Lingua franca adalah bahasa kedua yang diketahui atau difahami oleh orang ramai dari pelbagai negara, dan ia membolehkan komunikasi antarabangsa berlaku.

 
  
  
  

 

Karangan ini pertama kali dikirim pada Apr 3, 2015.