Hari ini hampir tak bergerak kerja sekolah Tedi.

  1. Di samping membantu rakan sekelas menyiasat beberapa masalah, Tedi juga sangkut ketika mahu meletakkan Drop Down pada Paparan Grid.
  2. Sangkut tang nak jadikan beberapa Drop Down tu sebagai Cascading Drop Down.
  3. Sebenarnya boleh sahaja Tedi mengelat dengan meletakkan Drop Down tu di luar Paparan Grid, namun tak baguslah untuk mereka yang bakal meggunakan sistem tu nanti.
  4. Pada masa dahulu semasa Tedi menggunakan bahasa JAVA, fungsi tersebut disediakan menggunakan teknologi AJAX.
  5. Bingkai kerja AJAX yang pernah Tedi gunakan dahulu adalah seperti Google Web Toolkit, Direct Web Remoting, DOJO, dan yang paling popular tetapi Tedi tak gemar adalah JQuery.
AJAX adalah singkatan kepada Asynchronous Javascript.

  1. Berbalik kepada permasalahan tadi, Tedi pun melakukan penyelidikan. Tedi jumpa cara yang gunakan auto post back dan juga AJAX.
  2. Tedi tak gemari auto post back ni sebab pada dasarnya ia cuma page yang disegarkan beberapa kali atau lebih senang disebut page yang memanggil dirinya sendiri.
  3. Jadi Tedi tumpukan usaha kepada AJAX.
  4. AJAX untuk Webform ada banyak, di antaranya yang sempat Tedi kaji adalah AJAX Toolkit, JQuery dan Angular.
  5. AJAX Toolkit Tedi tengok memang sangat sesuai namun apakan daya tak boleh dipasang di komputer Tedi kerana komputer Tedi adalah komputer lama yang menggunakan Windows XP. Komputer cikai yang diberikan pihak sekolah itu selalu buat Tedi termenung sebab perlahan gila.
  6. JQuery pula macam biasa banyak gunakan javascript maka Tedi tak mahu gunakan kerana Tedi tak mahu membazir masa mengajar kawan-kawan apa yang Tedi pun tak berapa nak suka.
  7. Angular memang sangat simple namun... tak tahulah kenapa Tedi cuba menjauhinya... Tedi dah lupa.
  8. Tedi tak puas hati, Tedi kaji lagi AJAX Toolkit, dan akhirnya berjumpa terbitan lama pada tahun 2013.
  9. Nanti Tedi nak cuba semula pada minggu depan, tadi tak sempat.
  10. Malam ini Tedi cuba download Web Developer Express 2010 yang Tedi gunakan, setelah sekian lama tidak dapat dimuatturun kerana laman webnya berputar di tempat sama.
  11. Tapi tadi Tedi cuba download guna Internet Explorer, okay la pula... hampas betul Microsoft, nak kena guna browser mereka juga untuk layari laman sesawang mereka.
  12. Semoga usaha sedikit ini, pada malam ini akan membantu kami siapkan projek kami sekaligus membenarkan kami bercuti raya dengan aman.

Kenapa Tedi nak gunakan AJAX?

  • Tentu ramai yang berfikir Tedi sengaja memilih kaedah yang fancy di dalam menyiapkan projek ini.
  • Sebenarnya tidak! Tedi cenderung kepada AJAX kerana Tedi cenderung kepada kod yang terpisah.
  • Selain itu AJAX membantu dari segi meningkatkan kelajuan sesebuah laman dipaparkan kerana ia hanyakemaskini bahagian tertentu pada sesebuah laman web berbanding kaedah tradisional yang mengemaskini keseluruhan laman.
  • Dan tentunya Tedi mahukan template yang mudah diikuti oleh kawan-kawan.

20150509