Benarlah sangkaan Tedi selama ini bahawa lampu kabus tiadalah sangat berfungsi.
Ini kerana Tedi mendapati bahawa apabila Master memasang lampu kabus pada waktu malam, tiadalah cahayanya menambah sangat kepada suluhan yang lebih terang.
Jadi kenapa kereta ada lampu kabus?
Persoalan ini selalu bermain di minda Tedi... adakah lampu kabus itu hanya sekadar hiasan? kenapa dipanggil lampu kabus?
Semua itu terjawab apabila pada 1 Mei lalu kami menggunakan laluan Simpang Pulai - Lojing - Gua Musang untuk ke Kelantan dari Perak.
Pada waktu itu jam menunjukkan jam 1 pagi.
Hampir tiada kenderaan yang melalui jalan itu pada waktu itu dan beberapa kenderaan yang ada pun begitu pantas meninggalkan kami.
Keadaan jalan yang diselubungi kegelapan malam agak menyeramkan, namun cabarannya agak menyeronokkan.
Sehinggalah kami tiba di Lojing dan tiba-tiba satu makhluk putih menyerbu ke arah kami. Master agak terkejut dan suluhan lampu tinggi agak menyilaukan pandangan.
Rupa-rupanya kawasan itu kuat diselubungi kabus tebal. Jarak pandangan amat terbatas kerana cahaya lampu kereta dipantulkan kembali oleh kabus.
Ketika inilah Master memadamkan lampu tinggi dan menggunakan lampu kabus, di mana jarak pandangan yang lebih jauh diperolehi.
Tedi akhirnya tahu kegunaan lampu kabus dan Tedi mahukan penjelasan yang lebih saintifik.
Apakah kebaikan lampu kabus?
- Hampir tiada! Lampu kabus hanya berguna dalam keadaan berkabus!
- Itu pun jika lampu kabus itu dipasang dengan betul dan dihalakan dengan betul.
- Lampu kabus dipasang rendah, maka ia menyuluh lebih hampir ke jalan, manakala kabus selalunya berada 12 hingga 18 inci dari tanah, maka cahaya lampu kabus tidak dipantulkan dan dibiaskan kabus.
- Ada orang berkata, lampu kabus sekadar aksesori dan tak perlu membazir untuknya, namun setelah melalui pengalaman di Simpang Pulai itu, Tedi bersyukur ada lampu kabus. Tapi benar juga kata mereka bahawa lampu kabus tidak diperlukan sangat...
7 Mei 2016
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.