Tedi baru sahaja menemui satu perisian untuk membaiki komposisi warna gambar yang diambil.


Perisian PhotoCleaner yang Tedi muat turun secara percuma itu memang amat berguna dalam membantu Tedi mencapai apa yang Tedi ingini.

Cuma kalau boleh Tedi mahukan perisian ini boleh melaksanakan tugasnya secara berkumpulan atau dalam batch. Jadi tak perlulah Tedi membaiki warna gambar itu satu-persatu.

Salah satu pilihan yang diberikan perisian ini adalah adaptasi vignette kepada gambar yang dibaiki.

Pertama kali Tedi mendengar perkataan Bahasa Inggeris tersebut.

Setelah melakukan beberapa kajian rupa-rupanya vignette yang disebut vin-yet itu bermaksud "gambar potret yang perlahan-lahan tenggelam ke dalam latar belakang tanpa sempadan yang nyata".
Kaedah vignette adalah dengan meletakkan bingkai sedikit gelap di sekeliling foto, selain itu, kesan ini juga diperoleh apabila kita mengambil gambar jarak jauh menggunakan lensa jarak jauh.

Teknik vignette yang popular adalah dengan meletakkan bingkai sedikit gelap di keliling foto.
Ini pula adalah foto yang Tedi ambil menggunakan lensa jarak jauh dengan fokus maksimum mungkin.


20150520