Semalam ikut Mommy dan Master ke BlueCube The Garden.
Mommy dan Master mahu bertukar kepada pelan Celcom First Basic 38 yang jika pendaftaran dibuat sebelum 31 Mei 2015, pelanggan akan dapat langganan 3 GB data pada harga RM 38, berbanding 2 GB jika pendaftaran dibuat selepas tarikh itu.
Itu jika mengikut kata si penjual lah, jika ikut iklan dalam internet nampak macam 3 GB ini untuk masa terhad saja.
Kami memilih untuk ke BlueCube The Garden sebab bukan semua tempat menawarkan khidmat tukar pakej! Ada tempat yang hanya menjual pelan terbaru ini kepada pelanggan baru atau untuk nombor baru. Jika nak guna nombor sedia ada kena cari tempat yang boleh melakukannya.
Kami sampai di sana dalam jam 7 malam, sistem bermasalah pula, maka kami mencari surau yang berdekatan.
Tanya kepada pakcik Baskin Robbin, tiada surau di The Garden! Terpaksa kami ke Midvalley yang terletak berdekatan. Mungkin surau tak layak berada di tempat seperti itu...
Sebelum sampai ke surau terserempak pula dengan Minions dan Home+Love’16 (Home & Living Exhibition), singgahlah sebentar.
X-Pax atau Celcom First Basic 38?
Selepas Isya', setelah berbelah bagi di antara kekal dengan Celcom Xpax dan Celcom First Basic 38, akhirnya Master memilih untuk memilih pilihan yang kedua di antara dua pilihan itu.
Xpax ni kalau kawan-kawan tak tahu, kadar panggilan adalah 28 sen setiap 10 minit! Mana nak cari macam tu? First Basic 38 ni pula hanya beri 50 minit panggilan percuma dan kemudian panggilan pada kadar 15 sen seminit. Jauh beza tu kan?
Sampai di BlueCube The Garden dah ramai orang beratur nak daftar pelan Celcom First Basic 38 ni. Mommy dan Master dibantu dengan mesra, mungkin oleh pengurus di situ sebab semua pekerja dia panggil dia bos.
Selepas habis daftar je, selepas Master tukar kad sim (sebab kad sim sedia ada tak sokong pelan terbaru tu), terus dapat data dan terus boleh guna, telefon pun jem sekejap sebab banyak Whatsapp dan email masuk.
Telefon Mommy pula agak lambat, tapi dapat digunakan terus sebelum kami meninggalkan Midvalley.
Langsaikan dulu bil lama, baru produk baru...
Makcik yang di sebelah kami pula terpaksa pergi ke Maxis sebab dia kena langsaikan bil dulu barulah dapat beli pelan Celcom First Basic 38 tu. Jadi kalau nak beli pelan ni kenalah langsaikan semua hutang-hutang lama...
Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM 40.30 (RM 38 + GST 6%), dan untuk Master akan dikenakan caj tambahan RM 10 untuk bayaran cop.
Adakah berbaloi bertukar daripada panggilan kepada data? Mungkin ini masanya untuk zaman data bermula...
F.A.Q:
- celcom first basic 38 adalah line celcom rm38 sebulan yang dipanggil juga sebagai Celcom 38 atau Celcom First 38 atau Celcom Basic 38
Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 30 Mei 2015.
26 Ulasan
jangan reget
BalasPadamsetakat ni belum regret, tapi kepada mereka yang lebih banyak call, sila berfikir 2,3,4,5 kali sebelum ambil pelan ini kerana 50 minit panggilan percuma tu sekejap sangat.
PadamZaman data dh lama berkembang kt sini, zaman data murah baru je nk berjinak. Mmg xrugi dgn plan Celcom nie, br je terpikir nk ambik gak kt blue cube blah MV.
BalasPadamitulah, kalau bebetul perlukan data, boleh guna pelan ini, tapi kalau banding dengan XPax, macam line dia lemah sikit. Tapi compare dengan uMobile yang guna sebelum ini, ia lebih baik, terlebih baik...
Padamplan celcom f38 macam sangat hot dalam market sekarang.
BalasPadami sedang cari plan yang murah2 dan nak lebih data.
kalau perlukan data, plan ni memang sesuai.
Padamplan f38 adalah plan yang paling sesuai untuk kamu.
BalasPadamSebenarnya, plan ni betul betul murah. Celcom adalah merupakan network telco yang paling luas dan stable.
i pun tau. Tapi plan ni ada offer apa ? Saya betul betul nak tukar plan kerana plan contract saya baru habis. Tapi susah nak cari.
BalasPadamsebelum bertukar Tedi cadangkan survey bebetul dan tunggu kekawan yang dah bertukar tu bagi pandangan.
PadamSelalunya sebelum popular, memanglah okay, dah popular kang, mula la hampeh. Tengok saja Maxis sekarang.
Ramai yang bertukar kerana plan mereka sebelum ni mahal contohnya RM90 sebulan, bertukar kepada RM38 sebulan.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamsaya sekarang sedang guna iValue plan. Terlalu mahal. RM100 lebih tapi boleh guna 2 GB data saja.
Padamsaya sekarang nak cari plan2 lain dari telco lain.
tak ya la cari plan lain, F38 adalah BEST CHOICE la.
BalasPadamharga RM38 saje dan offer 3GB data dungeon 3GB wifi.
tapi plan ni ialah POSTPAID kan, I dengar daripada kawan saya.
BalasPadammacam ni pasti ada contract la.
ini bebetul POSTPAID dan Tedi tak dikenakan kontrak.
Padamhaha, plan f38 ni best kerana dia postpaid dan tak ada contract.
BalasPadamTak payah risau banyak. Kamu boleh research plan2 lain, normally RM30 lebih, kamu akan dapat 2 GB saja. Tapi sekarang f38 ada 6 gb quota untuk interent.
3GB tu promosi je kan? yang sebenarnya 2GB. dan yang free 3GB wifi tu kalau dapat akses ke wifi Celcom yang masih tak meluas rangkaiannya. Cuma ada di beberapa BlueCube di beberapa pasaraya.
Padamya ... 3GB tu ialah promosi. Dah banyak tempat sudah ada CELCOM WIFI la.. Jika nak check, kamu boleh check dalam website celcom. http://www.celcom.com.my/personal/plans/wifi/coverage-areas
Padammacam minat dan syok jer. postpaid tak ada contract.
BalasPadamTapi celcom line dia stable tak?
setakat ni guna umobile dengan Altel, okay lagi Celcom ni. kalau kawasan tu x okay, cuba check line lain okay x.. selalunya x.
PadamCelcom dia terkenal dengan network dia. Memang stable dengan luas. Pergi mana mana pun memang ada line punya, jangan risau. Dan juga kamu boleh terus connect dengan CELCOM WIFI jika kamu dapat cari la. Selepas kamu connect dengan CELCOM WIFI, itu kamu akan guna 3GB WIFI quota tu. Sudah ada banyak tempat sudah pasang CELCOM WIFI macam shopping mall Midvalley, Sunway dan banyak lagi.
BalasPadamI dengar kawan cakap celcom ada "carry forward" service kan? First basic 38 boleh dapat service ni ke? Jika boleh, nanti i terus pergi signup
BalasPadamhaha kamu sudah nak pergi signup...First basic 38 ada Carry forward service ni. Service ni banyak bagus, kamu tak payak risau data quota yang belum diguna akan waste.
BalasPadamDan juga, cepat cepat pergi sign up kerana plan ni sudah mau habis.
apa bezanya jika promosi dah habis ? plan ni akan cancel atau ?
BalasPadampromosi bagi 3GB Data + 3GB Wifi. Selepas promosi, plan akan hanya bagi 2GB Data + 2GB Wifi. Jika kamu sign up dalam masa promosi, kamu boleh ada 3GB Data + 3GB Wifi sampai kamu terminate account ni atau tukar plan.
BalasPadamok la ... I saya akan sign up plan ni hari ni atau esok la...
BalasPadamTerima kasih ya...
hari tu katanya promosi sehingga 31 mei.. boleh cuba, mungkin ada lagi.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.