Jika pulang dari Sungai Besar ke Sepang, pastinya akan terserempak dengan papan tanda ini
House Stay & Catering
Seolah-olah ia menjadi satu mercu tanda sedangkan ianya mungkin papan tanda biasa-biasa sahaja.
Di kawasan papan tanda ini ada terletak sebuah kedai yang menjual Mentarang bakar dan juga sup Belut. Mentarang memang terkenal di jalan ini.
Mentarang ini adalah sejenis binatang dikatakan sejenis siput tapi Tedi tengok macam keluarga kepah, tapi bentuk dia lonjong bujur tajam.
Orang kata kalau nak makan mentarang ini jangan direnung sangat rupanya, dan Tedi bersetuju dengan pandangan itu, hihihi.
Rasanya pula bolehlah sekadar nak cuba-cuba makan benda popular tetapi tiada pula membuatkan kami nak cuba makan lagi. Kalau kerang rebus tu terngiang-ngiang juga kita nak ulang makan. Mungkin kerana rasanya yang agak tawar. Kemudian ada tekstur geli-geli macam tu sebab binatang mentarang ini besar tidak seperti keluarga kerang yang lain di mana saiznya kecil-kecil, comel-comel sahaja.
Orang kata lagi mentarang ini sedap dibuat sup, celup tepung, masak sambal, masak lemak dan ramai juga cuba sambal tumis mentarang. Erm, harap maaflah Tedi nak cuba makan semua tu hehehe. Tapi belum cuba belum tahu kan? Tak kenal maka tak cinta. Tak adil menghakimi sedangkan kita belum mencuba.
Mentarang
Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis".
Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut.
Sumber: Siput mentarang - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Oriental Angel Wing atau Angel Wing Clam
Rupanya Mentarang ini dalam Bahasa Inggeris dipanggil Angelwing Clam. Agak logik sebab kita boleh tengok bentuk cengkerangnya seperti sayap apabila dibuka.
Angelwing clam (Pholas orientalis) adalah bivalve laut yang terdapat di seluruh dunia di negara-negara seperti Perancis, Kanada, Mexico, Jepun, Australia, India, Papua New Guinea, Malaysia dan Filipina. Di Malaysia, mentarang banyak terdapat di Perlis, Kuala Kedah, Kuala Limau, Yan, Penaga, Telok Ayer Tawar dan Kuala Selangor.
Sumber: MJAS Vol 20 No 3 (2016) (ukm.my)
Bivalve Laut?
Apa pula bivalve tu? Rupa-rupanya ia adalah nama keluarga untuk moluska air yang mempunyai badan terkompresi yang tertutup dalam cangkang berengsel seperti tiram, kepah, kupang, dan scallops.
Indeks sebelum dikemaskini: 1993.
1 Ulasan
terima kasih melawat :)
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.