Semasa menaiki kapal terbang, kita boleh membawa barang-barang bersama kita sama ada yang dimasukkan ke dalam kargo atau yang dibawa bersama kita ke dalam kabin pesawat.
Barang-barang yang dibawa bersama kita ke dalam kabin pesawat dipanggil hand luggage.
Selain hand luggage, ada pula checked in baggage, yang akan disimpan di dalam bahagian kargo pesawat di mana kita takkan dapat akses kepadanya sehinggalah pesawat tiba di destinasi.
Keselamatan barang-barang ini takkan ditanggung oleh kebanyakan syarikat penerbangan. |
Tahukah kita bahawa kita dinasihatkan untuk tidak membawa barang-barang ini sebagai checked in baggage?
- Wang tunai
- dokumen kontrak perniagaan
- barang kemas
- jam tangan
- kamera atau peralatan video
- barang elektronik
- komputer
- teropong, teleskop, dan cermin mata
- barangan perak
- batu permata
- hasil seni / ukiran
- artifak sejarah
- manuskrip asli
- koleksi terhad peribadi seperti buku, kad peminat, barangan antik dll.
- kunci
- ubat-ubatan
- sampel jualan
- trofi
Kenapa kita tidak patut membawa barang-barang itu sebagai checked in baggage?
Kerana keselamatan barang-barang itu tidak akan ditanggung oleh syarikat penerbangan.
Selain itu ubat-ubatan mungkin akan anda perlukan, maka pastikan ia sentiasa di sisi anda.
20150514
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.