بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini Tedi bersekolah petang, jadi pada waktu paginya tiada apa Tedi lakukan.


Kebetulan pula terserempak dengan pakcik dan makcik yang mahu menyewakan rumah mereka yang Tedi ceritakan sebelum ni.

Mereka mahu ke Lembaga Zakat Selangor kerana bakal penyewa mereka telah menghubungi mereka kembali dan mengajak mereka bertemu dengan ustaz yang menguruskan permohonan zakat mereka.


"Tedi nak ikut ke? Meh la sekali", pakcik A mengajak Tedi, mungkin hanya ajak-ajak ayam.

Tapi oleh kerana Tedi tidak memahami akan ajak-ajak ayam mereka itu  (kerana Tedi ni seekor beruang), maka Tedi pun bersetuju untuk menurut mereka.

Sebelum ke Lembaga Zakat Selangor, kami singgah dahulu di TNB Petaling Jaya kerana Makcik N mahu menguruskan pertukaran nama pada bil yang sebelum ini atas nama pemilik terdahulu.

Kemudian kami berpusing-pusing dalam bandar Petaling Jaya kerana Pakcik A tidak berapa faham akan jalan sehala di sana.

Jam 11:20, kami tiba, lewat 20 minit dari masa yang dijanjikan.

Masuk sahaja ke dalam pejabat itu, Makcik N dan bakal penyewa rumah mereka bertemu ustaz yang bertugas. Nampak serius perbincangan mereka, maklumlah hal melibatkan wang ringgit.

Lembaga Zakat Selangor tempat yang bagus untuk bekerja.

gambar penerima zakat Selangor sedang berurusan di kaunter pejabat Lembaga Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor mungkin satu tempat yang bagus untuk bekerja kerana situasi seharian bertemu mereka yang dalam kesusahan boleh membantu mendidik rohani.

 

Inilah maksud utama Tedi menaip kisah ini...

Semasa di sana, Tedi berasa satu perasaan yang aneh. Perasaan sebak melihatkan mereka yang kesusahan hadir ke sana untuk memohon bantuan. Ada di antara mereka yang berkerusi roda, ada yang berpenyakit kulit, ada yang nampak dalam kedaifan.

Mereka berbilang bangsa, itulah indahnya Islam, apabila ummatnya bersatu dan saling mengasihi.

Selain itu, Tedi berasa bersyukur kerana Tedi ini walaupun tak lah senang, tapi tidaklah diuji seperti mereka.

Tedi juga bersyukur kerana institusi zakat yang selalu diperlekehkan kerana tidak dapat membantu ramai orang Islam yang miskin, tampak memainkan peranan yang besar.

Jadi kepada kawan-kawan yang diberikan kecukupan untuk membayar zakat janganlah culas melaksanakan kewajipan itu ya. Jangan sibuk hentam institusi zakat sahaja padahal niatnya tak nak bayar zakat.


20150512

 


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih