Sungguh dramatik pemilihan pemain ke Kejuaraan Dunia kali ni.

  • Sebelum ini Tedi tak pernah kisah siapa yang terpilih kerana pastinya mereka terpilih kerana kedudukan mereka dalam ranking dunia.
  • Namun kali ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa membuat pemilihan drastik tentang siapa yang bakal ditendang jika mereka memilih Lee Chong Wei untuk mewakili Malaysia di kejohanan tersebut.
  • 2 pemain Malaysia yang layak adalah Chong Wei Feng (ranking 31), dan Zulfadli Zulkiffli (ranking 41), manakala Lee Chong Wei di ranking ke-6.
  • BAM tentunya akan memilih Lee Chong Wei kerana status pemain bintang itu.

Namun siapa yang perlu ditendang?

  • Secara mudahnya, jika ikut ranking, jika Lee Chong Wei masuk, maka Zulfadhli Zulkiffli keluar, namun tentu sahaja pemain itu tidak bersetuju kerana bukan senang untuk sertai kejohanan berprestij seperti itu.
  • Tambahan baginya, itu adalah urusan dalaman BAM, dan dia sebagai pemain bebas tak patut terjebak.
  • Chong Wei Feng juga tentunya tidak mahu terlepas peluang yang sama, namun dia terikat di bawah BAM.
  • Dan BAM memilih untuk menendang Chong Wei Feng keluar dengan alasan mahu memberi pendedahan kepada Zulfadhli.
  • Bayangkan betapa hancurnya hati beliau...

Kenapa tidak diaturkan perlawanan pemilihan?

  • Bagi Tedi, untuk lebih adil, sepatutnya diadakan perlawanan pemilihan di antara pemain kita.
  • Barulah mereka benar-benar bersaing. 
  • Lee Chong Wei pun walaupun mempunyai status pemain bintang, namun mungkin tidak cukup cergas untuk kejohanan ini, maka pemilihan ini akan juga membantu meningkatkan tahap kecergasan dan keyakinan beliau.
  • Perlawanan sebegini patut diadakan selalu untuk pemilihan ke mana-mana kejohanan.

20150512