Ahad lepas semasa Master duduk berehat di ruang tamu,
Sakinah datang membawa sebungkus kerepek
Kononnya dia nak Master bukakan bungkusan kerepek tersebut.
Master sebenarnya malas nak beri Sakinah yang baru berusia 2 tahun tu makan kerepek, jadi Master cuba membuat helah.
"Tak boleh nak buka ni. Gunting mana? Kena buka guna gunting", kata Master kepada Sakinah seolah-olah budak kecil tu faham apa Master maksudkan.
Tiba-tiba sahaja Sakinah bergegas ke dapur, lama dia diam di sana.
Tedi tak sedap hati, manalah tahu Sakinah pergi ambil barang-barang tajam?
Apabila Tedi pergi ke dapur, rupa-rupanya dia merenung tempat gantung gunting. Dia tunjuk seolah-olah mahu menyatakan, "itu gunting".
Master pun terpana, Tedi pun sama, terpaksalah Master membuka bungkusan kerepek tersebut.
Sukar untuk membayangkan apa yang difikirkan oleh anak kecil ini, kita mungkin menyangka mereka hanya mahu bermain, sedangkan fikiran mereka mungkin lebih jauh dari itu. |
Layan budak kecil seperti seorang dewasa?
Melihat kepada kes seperti itu, nampak gaya budak kecil tidaklah sekecil yang disangka.
Mungkin hanya layanan kita kepada mereka membezakan tahap pekermbangan mereka.
Cuba tengok kepada anak-anak omputeh, ada di antara mereka yang kecil-kecil sudah menolak troli di pasaraya, manakala kita sibuk melarang.
Selain itu apabila omputeh berbual dengan anak mereka, mereka akan gunakan bahasa yang betul dan menjawab dengan jawapan yang betul.
Mereka takkan menyebut dengan pelat, macamlah sebutan pelat itu akan memudahkan anak-anak memahami? Contohnya "susu" tidak mereka sebut "cucu".
Jika kita berbual anak dengan bahasa pelat maka janganlah marah apabila mereka pelat.
Jawapan yang betul bermaksud jawapan yang sebenarnya yang kita akan berikan apabila berbual dengan kawan seusia kita.
Contoh jika, anak bertanya, "macam mana kereta itu bergerak?", kita jawablah "kerana kereta itu mempunyai enjin yang menggerakkannya"... kemudian tambahlah berkenaan momentum, inersia, daya menolak, daya geseran, harga petrol di dunia, petrol tak dikenakan GST dan macam-macam lagi mengikut suasana semasa.
Biarlah anak itu tak faham pun, pada suatu masa nanti mereka akan memahaminya.
Gambar Sakinah sedang berdiri depan pintu tunggu mummy bukakan pintu. |
20150522 Rekod seumur hidup 177 rekod setahun 36
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.