[Kandungan]
- Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia?
- Cara menghalau nyamuk dari dalam kereta
- Cara hindari nyamuk daripada tertarik kepada kereta anda
- Coretan Tedi mengenai nyamuk:
Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia?
Penggunaan jaring anti nyamuk nampak radikal tetapi mungkin satu langkah yang berkesan.
- Erm... Sang Nyamuk ni pun seekor, yang duk ganggu manusia tu kenapa? tak pasal-pasal Tedi terpaksa bersubahat memberikan khidmat bimbingan bagaimana mahu nyahkan kalian dari dalam kereta mereka.
- Panduan ini sebenarnya tidak relevan bagi kaum beruang, namun Tedi kongsikan juga dari sudut perspektif manusia.
Cara menghalau nyamuk dari dalam kereta:
- Bakar lilin citronella, asap selalunya akan halau serangga. Citronella ni selalunya dalam bentuk cecair, minyak yang dihasilkan dari keluarga serai.
- Belah limau dan simpan dalam kereta sambil pintu dibuka.
- Buka semua pintu dan jemur kereta di bawah terik mentari.
- Simpan daun pandan atau serai dalam kereta.
- Bersihkan kereta daripada sampah-sarap seperti dedaunan kering dan gula-gula lama.
- ..... sembur racun serangga.... hehe...
Cara hindari nyamuk daripada tertarik kepada kereta anda:
Berikut adalah beberapa panduan bagaimana elak nyamuk masuk kereta...
- Jangan simpan benda berbau seperti kasut sukan. Karpet kereta pun kena bersih selalu.
- Gunakan pe-nyah bau berasaskan karbon aktif, atau dipanggil arang... lebih baik berbanding guna pewangi kereta.
- Jangan gunakan sarung tempat duduk daripada kulit sintetik, sebabnya ia menyebabkan anda berpeluh, dan bau peluh itu melekat padanya, dan nyamuk sasarkan mangsa salah satunya melalui bau peluh.
- Jangan letak kereta di kawasan yang tidak berapa nak bersih.
- Langkah lebih radikal yang digunakan oleh omputeh adalah dengan memasang jaring anti-nyamuk pada tingkap kereta, banyak produk sebegini boleh dilihat pada portal pembelian atas talian seperti Amazon.
9 Mei 2015, 20150509
4 Ulasan
salam..
BalasPadamnice sharing...terima kaseh..
sama2, thanks for visiting...
Padamoo., leh try., kereta aku sllu masuk namuk
BalasPadamselamat mencuba :)
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.